
tinggal sebelah saja lagi

rangka besi yang sudah dimamah usia

struktur ini eloklah dirobohkan segera

Ia runtuh pada 6 November 2009 jam 12.00 tengah hari bukan kerana struktur binaan yang tidak baik atau pun kerana usianya atau kerana ia sudah uzur, tetapi runtuhnya pintu gerbang ini adalah berpunca daripada salah perhitungan pemandu lori trelar yang membawa sebuah kren besar.
Pemandu lori telah melepasi beberapa palang sebelum ini dengan jayanya. beberapa meter sebelum melanggar gerbang tersebut mereka telah melepasi satu palang yang dibina selepas jejantas lintasan keretapi, tetapi perkiraannya silap di pintu gerbang tersebut.
TM mencadangkan agar Majlis Perbandaran Taiping dapat meruntuhkan sebelah lagi pintu gerbang tersebut kerana struktur besi juga sudah dimamah usia dan standard ketinggiannya juga sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman.