Selasa, 23 Februari 2010

KELENGTONG RAKYAT LAGI DI PASIR EMAS MALAM SELASA 23 FEB 2010.


23 Februari 2010 hari Selasa jam 9.00 malam, Pas akan mengadakan lagi road show atau ceramah royalty di Mini Stadium Pasir Mas Jam 9 Malam. Tok guru, Saifudin Nasution dan Husam akan berceramah lagi.

Banyak betul modal mereka. Hari-hari berceramah. Ini lah kerajaan AIR LIOR. Projek pembangunan tak perlu buat. Pembangunan insan biar kerajaan Persekutuan yang buat. Jalan raya biar Kerajaan Persekutuan yang buat.

Tak buat kalu? Kita menyalak macam anjing. Samalah isu royalty. Pas minta wang masuk dalam akaun negeri. Petronas pula tak setuju.

Kalau Petronas turutkan hasrat Pas , alamatnya wang ehsan tak akan sampai kepada akar umbi. Tiris dikalangan anak menantu dan rakan taulan.

Lihat sahaja peruntukan 31 juta ringgit yang diberi oleh Kementerian Pelancongan. Apa jadi? Duit habis projek tak jalan.

Husam Musa akan menjual minyak sekali lagi kepada penduduk Pasir Mas. Masih ingat lagi sebelum PRU 12, apa kata Husam? Katanya Kelantan mempunyai simpanan gas dan minyak yang banyak. Husam akan bawa masuk pelabur dan gas boleh dijual kepada warga Kelantan dibawah harga Petronas. Harga boleh dijual 4 ringgit setong.

Itulah modal politik Husam Musa sebelum PRU 12. Malam esok apa hujah nya? Apa kelentongnya.

Saifudin pula tugas nya malam esok ialah bercakap bagi pihak Al-jub. Dia akan menghina sistem perundangan dan kehakiman,

Konspirasi politik yang dibuat oleh Najib untuk membunuh karier politik Anwar. Saifudin lupa bahawa Pas melalui Mat Sabu juga pernah cuba membunuh karier politik Anwar dengan menggelar Anwar Al-juburi walliwati. Karpal Singh. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga pernah menuduh Anwar peliwat dan mempunyai 27 pasangan luar nikah.

Apakah Saifudin tidak mahu menempelak mereka ini malam esok?  Saifuddin pernah bertemu dengan agent CIA Walter Chia dari Singapura untuk apa?