Ahad, 22 Ogos 2010

SINGGAH SAHUR BERSAMA DR ZAMRY DI PANGKOR

Awal Petang
16 Ogos 2010 Isnin- 3.00ptg,  YAB Menteri Besar Perak Dr Zamry menyampaikan Sumbangan DUN Pangkor di Dewan Teluk Kecil Pulau Pangkor.

7.00ptg-10mlm, YAB Dr Zamry Majlis Tahlil dan berbuka puasa dan Tarawih di Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

10.30mlm, Jamuan 'Moree' di Dataran Kg Masjid, Pangkor.



Acara Tengah Malam (Singgah Sahur bersama tv3)
17 Ogos, Selasa;
02.15 pagi, Program  Singgah Sahur TV3 di Balai Bomba Pangkor.
01.00 pagi, Singgah Sahur TV3 di Jeti Kapal Ronda Polis Marin.
01.30 pagi, Singgah Sahur TV3 Bersama Nelayan di Kawasan Menangkap Ikan Pangkor.

Acara Petang
02.00 petang, Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat Menteri Besar.
07.00 petang, Majlis berbuka puasa dan Tarawih Bersama DYTM Raja Dr Nazri Shah di Surau Al Falah, Kolej Zaaba-Aminuddin Baki UPSI, Proton City.

Sebentar tadi pada jam 12.30 pagi TV3 telah menyiarkan rancangan tersebut untuk 30 minit. Bagaimapun TV3 nampak lebih menonjol daripada Menteri Besar Perak, kamera asyik dok fokus kepada selebriti yang 'comel' saja seperti Elly Iskandar, Shasha Basheer dan beberapa orang lain.

Yang melucukan bila TV3 menyiarkan ucapan ringkas CEO nya Dato Ahmad Talib dari dalam Kenderaan Bomba dan tidak menyiarkan langsung ucapan YAB Dr Zamry yang mengucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa dan berterima kasih kepada TV3 yang menjadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi program Singgah Sahur untuk siri ketiga.