Ahad, 10 Oktober 2010

ISU NASIONAL MULA DIMAINKAN OLEH PAS UNTUK GALAS

Tadi dalam satu majlis kenduri kahwin, telinga TM merekodkan beberapa perkara apa yang telah dibangkitkan oleh seorang pro pembangkang. TM yakin orang yang bercakap tu ialah orang Pas. Antara isi yang disuarakannya ialah;
  1. Kalau buat pilihanraya akan memakan belanja yang besar, Umno akan belanjakan separuh dan separuh lagi masuk poket.
  2. Kerajaan Malaysia belanja duit ke arah lain. Lihat kelengkapan ketenteraan, kita kalah dengan Singapore. Kita pakai M16 depa dah tak pakai. depa pakai yang canggih.
  3. Beli kapal selam tak boleh selam, dok atas darat sahaja.
  4. Beli kapal terbang jet semuanya yang buruk, macam mana nak lawan dengan Singapore.
  5. Malaysia 53 tahun Umno pegang duit rendah nilai banding dengan Singapore. 
  6. Kita ada ladang sawit, ada minyak , ada gas tapi kita kalah dengan Singapore, depa tak ada apa tapi depa kaya dari kita.
  7. dll
Lepas selesai makan Tm angkat kaki...