Isnin, 11 Oktober 2010

PAS MEMANDANG KE SINGAPORE SEBAGAI HELAH BELA DIRI

Pas panas punggung apabila rakyat bangkitkan isu kerajaan negeri gagal menyediakan pekerjaan yang cukup kepada anak muda Kelantan.

Pas cuba mengaitkan bahawa ramai orang Johor berulang alik ke republik itu sebagai mengalih pandangan negatif terhadap Kelantan.

Kelantan memang tidak boleh disamakan dengan Johor yang jauh lebih maju daripada Kelantan. Di Johor memang ramai orang Kelantan yang mencari rezeki dengan berniaga makanan di gerai-gerai pada malam hari. 

Pas juga salah faham kerana yang berulang alik ke negara pulau sebenarnya bukan 100 peratus penduduk Johor tetapi mereka adalah rakyat negara republik yang membeli rumah di Johor Bahru.

Penduduk Johor yang bekerja di pulau tersebut bukan kerana tidak ada pekerjaan di negeri sendiri tetapi kerana kepakaran dan tawaran gaji yang tinggi di seberang membuatkan mereka berulang-alik ke sana setiap hari.

Ruang dan lompang yang ada diisi oleh orang Kelantan sendiri dan juga dari warga Bangla dan sebagainya.


PAS meminta Umno supaya jangan menjadikan bilangan rakyat negeri Kelantan yang ramai di luar dari negeri itu sebagai kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kerana ia hanya akan menyusahkan Umno kemudian hari.

Ketua Penerangan PAS, Ustas Idris Ahmad berkata, jika itu hujjah Umno, sebenarnya rakyat di negeri Umno lebih ramai mendapatkan pekerjaan di luar negeri itu berbanding rakyat Kelantan.

Bagi beliau, bekerja di luar dari negeri sendiri bukan bukti kukuh kegagalan kerajaan negeri menyediakan pekerjaan.

"Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja di sana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang confirm negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Kenyataan Pas di atas semenangnya tidak boleh diterima akal.