Isnin, 8 November 2010

Anda dah daftar dengan Foursquare?

Ramai yang sudah ada Facebook dan Twitter, bagaimana pula dengan 'foursquare'? Jika anda mempunyai smartphone seperti iphone , blackberry, nokia, sony, samsung dan sebagainya boleh muat turun perisiannya dan ianya amat menarik sekali berbanding daripada penggunaan GPS yang ada dalam pasaran.

Foursquare juga boleh disambung kepada twitter dan juga facebook. Kemana sahaja kita pergi kita boleh check in dilokasi dimana kita berada ketika itu.  Mungkin tidak semua orang selesa menghubungkan foursquare dengan facebook atau twitter kerana pihak lain akan mengetahui dimana kita berada. Jika begitu anda hanya perlu foursquare sahaja dan tidak perlu sambung atau link kepada twitter dan facebook.

Dengan foursquare anda amat mudah untuk mencari tempat makan, stesen minyak, kedai serbaguna, malahan mencari rumah rakan-rakan pun mudah. Sabtu lepas TM dijemput ke rumah sahabat yang baru pindah kerana jemputan kenduri naik rumah baru. Tanpa foursquare tak mungkin TM sampai ke rumahnya kerana kita tidak biasa tempat tersebut.

Setelah check in  dan pindahkan kepada map dan GPS maka ia akan membawa kita terus ke depan rumah atau destinasi kita.

Ramai rakan-rakan yang mempunyai smartphone masih belum tahu akan penggunaannya, kini setelah ditunjuk cara oleh TM mereka amat teruja akan aplikasinya.

So tunggu apa lagi. jom check in dan daftar di sini