Jumaat, 19 November 2010

Jom beramal

Kepada

Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

APABILA BERLALUNYA RAMDAHAN & SHAWAL

 Berlalunya Ramadhan & Shawal seperti berlalunya kemeriahan di rumah-rumah amal kami, baik dari segi sumbangan wang ringgit maupun keperluan dapur.

Walhal ketika ini keperluan adalah lebih dari bulan-bulan yang lain. Kedatangan bulan November & Disember datangnya bersama musim cuti sekolah dan disusuli pula dengan sesi baru persekolahan dan di bulan ini selalunya badan-badan koporat juga sudah menggunakan segala peruntukan untuk tanggungjawap sosial mereka.

Kurang sebulan lagi pihak kami akan meraikan anak-anak di Rumah Kasih Harmoni dalam Majlis Penyampaian Hadiah sempena berakhirnya sesi persekolahan di Tadika.

Seterusnya di musim cuti sekolah nanti anak-anak kami perlu kepada pengisian yang bermenafaat agar masa hampir dua bulan itu nanti spiritual, mental dan fizikal meraka akan terisi dengan hal-hal yang bermenafaat untuk mereka di dunia dan di akhirat.

Jesteru itu pihak kami ingin mengajak dato/datin/tuan/puan bersama-sama untuk menampung keperluan-keperluan yang dimaksudkan tadi:

A. Majlis Penyampaian Hadiah:- Menaja 48 hadiah cenderahati- Menaja 15 hadiah pencapaian terbaik- Menaja 8 hadiah kategori terbaik- Menyumbang/ menaja untuk persediaan jamuan 

B. Pogram Cuti Sekolah (Summer Camp):- Membiayai kos kursus yang akan dianjurkan oleh syarikat Motivasi- Menyertai program anak angkat- Membiayai program lawatan, rehlah & gotong royong.

C. Persiapan Kempen "Kembali ke Sekolah"- Membiayai keperluan; unifom sekolah, alat tulis & beg.- Sumbangan yuran persekolah

D. Keperluan Dapur:- Menyumbang untuk keperluan makanan asas & makanan basah- Menyumbang untuk keperluan perkakasan

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

MAYBANK   : 5121- 8313- 4032
CIMB BANK : 1435-0004917-05-8
BSN GIRO-i : 14100-41-00013766-5

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: rkh@ykppm.org.my 

Untuk keterangan lanjut, sumbangan dan penajaan sila hubungi : 

Ustazah Rohana:  No. HP: 019-3133430

 

Segala kerjasama dan sumbangan yang tuan/puan usaha dan hulurkan pihak kami dahului dengan ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah melipatgandakan rezeki tuan/puan dan diberkatinya.  Amin.

 

 

Yang berusaha

Rohana bt.Ali
Penasihat Rumah Kasih Harmoni


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.