Selasa, 25 Januari 2011

Azmin Ali menuduh Tun Mahathir adalah penderhaka

By ‪Lias Marzuki

Kita rasa perkara ini biarlah rakyat yang tertentukan kerana siapa yg benar dan siapa yg salah akan menerima habuannya dan padahnya semasa PRU 13 nanti.

Rakyat sekarang sudah bijak menilaikan antara kaca dan permata. Kita tidak payah mempolitikkan segala isu untuk kepentingan parti politik kita sedangkan agenda utama ialah berkhidmat utk rakyat.

Sistem berkerajaan dan berwakil rakyat ialah bertugas utk rakyat bukannya berpolitik utk rakyat. Parti politik adalah landasan utk kita berkhidmat kpd rakyat bukannya mempolitikkan nasib dan emosi rakyat.

Gara-gara keangkuhan dan kesombongan pemimpin-pemimpin kerajaan Selangor sekarang amat mendukacitakan kita kerana peluang telah diberikan oleh rakyat utk menunjukkan prestasi kerja wakil rakyat dan kepimpinan kepada kerajaan Selangor tetapi mereka gagal memanfaatkan peluang tersebut. Sebaliknya memporak perandakan Selangor dengan gimik terbarunya "Pinda Perlembagaan Selangor 1959" utk memberi kuasa kpd MB melantik tiga (3) jawatan penting dalam kerajaan walaupun di ketahui umum perkara tersebut tidak akan dpt sokongan majoriti ahli-ahli DUN Selangor.

Adakah ini parti alternatif yang di cari oleh rakyat? Inilah mainan politik angkuh dan sombong macam di Perak satu ketika dahulu. Adakah perkara ini akan berakhir si sini? Dengar ura-ura MB PKR akan membawa pula perkara ini ke Mahkamah pula.

Masihkah kita ingat insiden di Parlimen satu ketika dahulu. Nak jadikan DUN Selangor sebagai "Kangaroo Court" gagal kerana tak dapat menyakinkan ahli-ahli DUN pembangkang. Parlimen pernah di cemari dengan insiden demo jalanan ala "Pakatanal Rakyatul Syaitan" dengan membawa placard menuduh Parlimen sebagai "Kangaroo Court" tetapi kita tengok betapa tertib dan berhemahnya ADUN BN dalam Dewan DUN Selangor tiada yang berperangai macam monyet kena belacan dan membawa placard menunjukkan bantahan kepada "Pakatanal Rakyatul Syaitan".

Natijahnya memang nampak berbezaannya. Ianya adalah ibarat macam langit dan bumi. Kalau di bandingkan di Sidang Parlimen dan Sidang DUN Selangor, rakyat boleh membuat penilaian secara rambang siapakan pemimpin-pemimpin yg rakyat kehendaki utk menjadi pemerintah di Putrajaya dan negeri di Malaysia kelak selepas PRU 13....

Mereka lupa bahawa pindaan kuasa raja pada 1993 adalah berpunca daripada beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Bagi mengelakkan raja disanggah rakyat satu pindaan telah dibuat agar sistem raja kekal mengikut perlembagaan. Raja juga perlu patuh kepada undang-undang dan jika berlaku sesuatu perkara yang melanggar peraturan, raja juga boleh dibicarakan oleh mahkamah khas.

Oleh itu kedudukan raja-raja akan terus kekal releven berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.

Deklarasi tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli parlimen ketika itu termasuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang , Hadi Awang dan termasuk Azmin sendiri yang menjadi coffee boy Anwar ketika itu.

Kenapa hari ini lain pula suara mereka? Sah bahawa mereka adalah golongan munafik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.