Ahad, 20 Februari 2011

APA MAKSUD SEBENAR "KAFIR" PADA FATWA YANG DINYATAKAN OLEH HADI AWANG

Satu ketika dahulu isu kafir terkeluar dari mulut kepimpinan Pas [ Amanat ataupun fatwa Hadi Awang].

Hancur umat Melayu Islam terutama di negeri Kelantan. [Negeri Serambi Mekah Ala Pas] ada yang bercerai-berai kerana fatwa ini.

Puncanya kerana Umno bekerjasama dengan Mca dan Mic maka dengan kerjasama itu terdirilah sebuah kerajaan kafir iaitu kerajaan Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.

Akan tetapi pada tahun 2008, apa pula yang terjadi? Apabila Pas, Pkr dan Dap bergabung dalam sebuah pakatan yang disebut Barisan Alternatif yang kini disebut Pakatan Rakyat, apa pula fatwa Hadi Awang? Hadi Awang perlu menjelaskan kepada umum apakah fatwa beliau kerana Dap adalah kafir harbi, Pkr juga ramai kafir di dalamnya.

Apakah fatwa Haji Hadi Awang hanya untuk Perikatan atau Barisan Nasional sahaja dan tidak kepada Pas? Apakah Hadi Awang hanya bijak mencipta fatwa kepada Barisan Nasional sahaja?

Kepada YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga YB Dato Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, kamu berdua bukan memperjuangkan Islam, bukan ulama' kerana ulama' akan menjaga, lidah.


Imam Muhammad bin Ahmad Qurtubi dalam tesisnya Jami’ Liahkam al-Quran pula menyebut, golongan ulama adalah manusia yang takut kepada kudrat Allah.
Al-Quran secara tegas menjelaskan ketinggian martabat golongan ulama antaranya perintah Allah supaya manusia memberikan ketaatan kepada mereka dalam firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman taatilah Allah, taatilah rasul dan orang yang memerintah urusan kamu (ulil amri).” (Surah an-Nisa’, ayat 59)
Ibnu Abbas dan Imam Ibnu Qayyim berpendapat maksud (ulil amri) pada ayat ini ialah ahli fikah dan ahli agama (ulama).

Hadi Awang dan Nik Aziz berjuang atas dasar kepentingan peribadi dan politik suku. Ini jelas dengan kenyataan yang dibuat oleh Y. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Insaflah penyokong-penyokong Pas yang telah disesatkan oleh pemimpin anda sendiri.

Othman Mohamed
Timbalan Pengerusi Daerah
Larut Matang dan Selama.