Sabtu, 19 Februari 2011

FITNAH PAS TERKINI DI PASARAN

Wednesday, January 26, 2011



SEPASANG kembar berusia 18 tahun dan kakak mereka yang berusia 20 tahun, di Kampung Jalan Haji Tahir, Tanjung Piai, Kukup, Pontian, terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk menjadi anak Melayu yang berpendidikan tinggi kerana berdepan kehidupan sulit kedua-dua ibu bapa yang sakit.

Si kakak, Norasiah, anak sulung pasangan Rosli Mohd Amin, 46 dan Norsidah Ahmad, 41, bergenang air mata bercerita sebuah keterpaksaan melupakan cita-cita menjadi seorang guru demi dihamparkan kemiskinan hidup keluarganya itu.

"Saya terpaksa melupakan impian semuanya kerana kesusahan keluarga. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM di SMK Sri Kukup.

"Saya tak tergamak melihat ayah dan ibu menderita. Jika mereka boleh menjaga saya dan adik-adik saya sejak kecil, kenapa pula kami tidak boleh menjaga mereka (ketika dalam keadaan susah dan sakit sekarang)" demikian antara kata-kata Norasiah ketika NST menemui mereka pada satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk untuk memperbaiki rumah keluarganya yang telah uzur.

Penduduk kampung yang simpati di atas kesusahan hidup keluarga berkenaan telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,000 bagi membiayai kos membeli barangan memperbaiki rumah keluarga Norasiah.

Norasiah juga memberitahu kedua-dua adik kembarnya, Mohd Razak dan Norizan, terpaksa berhenti sekolah selepas tamat tingkatan tiga lima tahun lalu.

"Saya faham pelajaran amat penting (untuk masa depan0 tetapi adik-adik tiada pilihan terpaksa korbankan pelajaran mereka demi menjaga aya dan ibu.

"Saya berharap sangat akan ada seseorang (dalam dunia ini) yang sudi membantu agar kedua-dua adik saya kembali menyambung pelajaran mereka kerana saya tidak mampu membayangkan masa depan mereka tanpa pendidikan yang tinggi," kata Norasiah saya petik dan olah dari laporan NST.

Untuk pengetahuan, ayah mereka, Rosli kini hanya bekerja kampung dan mengidap sakit misteri, manakala ibu mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail kerana mengidap barah usus.

Nah...apa yang boleh dikatakan tentang kehidupan ini. Barangkali Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh meluangkan sedikit masanya di Tenang untuk melawat keluarga Norasiah ini. Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi teringat pesan datuk nenek moyang saya dulu bahawa katanya, Melayu tidak akan miskin, masih segar dalam ingatan ini. Salam dan maaf buat Ahmad Maslan.
sumber;  Singa laut.