Sabtu, 19 Februari 2011

JIHAD UMNO TAK SAMA DENGAN JIHAD PAS

UiTM adalah jihad Umno
Amanat Hadi Awang menyuruh pengikut Pas berjihad menentang Umno dan jika mati kerana jihad menentang Umno , mereka mati dijalan Allah dan syahid.

Ini kata pemimpin Pas.

Jihad Umno pula ialah berjihad membasmi kemiskinan, membangunkan insan, memberi kebahagian di dunia dan juga akhirat.

Salah satu jihad Umno ialah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru, dan penubuhan UiTM adalah sebagai daripada jihad Umno.

Oleh itu ribuan anak Melayu sudah berjaya melepaskan diri mereka daripada kemiskinan tegar kerana menjadi insan yang berjaya. cuma terdapat segelintir mereka yang lupa jasa Umno yang berjihad dan dengan mudah menyatakan membangunkan universiti adalah tanggungjawab kerajaan bukan tanggung jawab Umno , duit kerajaan bukan duit Umno.

Ini lah ajaran sesat yang ditanam oleh Pas kepada pengikutnya.60 tahun kerajaan berusaha membangunkan rakyat dan negara , tetap dinafikan oleh Pas.

Kerajaan buat Bank Islam, Pas kata tu kulit saja, Umno buat Universiti Islam , Pas kata itu hanya hiasan sahaja, Umno buat Tabung Haji Pas kata nak rampas duit rakyat, Buat Felda dan Risdam Pas kata Nak rampas tanah rakyat.

Kerajaan buat lebuh raya, Pas kata membazirkan wang rakyat, Umno buat Putrajaya, Pas kata membazirkan wang rakyat dan merampas tanah rakyat.

Apa Umno buat semua tak betul. Pas buat apa? Elek pocit , habuk pun tarak