Khamis, 24 Februari 2011

PAS MAHUKAN MASJID DAN SURAU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN POLITIK PAS

Bagaimana ajak orang kampung Sokong PAS


1. Melalui sembang-sembang di surau/masjid selepas tarawikh.


2. Buat majlis buka puasa di rumah, sebelum buka puasa, buat tazkirah ringkas atau tayang VCD ceramah, atau VCD yang sesuai.


3. Buat majlis terbuka aidil fitri di rumah, ajak orang kampung, buat tazkirah ringkas sebelum jamuan, tayang VCD ceramah. (Sewaktu balik, hadiahkan orang ramai dengan bahan-bahan terbitan, vcd, keset dan sebagainya secara percuma kepada mereka)


4. Himpunkan anak-anak perantauan di kampung (yang sokong PAS), anjurkan program hari raya bersama PAS Cawangan atau PAS Kawasan, tayangkan VCD, buat tazkirah, jemput semua orang kampung hadir sama. Hadiah orang ramai dengan bahan-bahan tadi.


5. Himpunkan kawan-kawan lama di kampung, buat majlis ringkas di rumah atau di mana-mana yang sesuai. Beri VCD ; keset ceramah Isu semasa atau bahan-bahan terbitan, bagi kefahaman kepada mereka mengapa sokong PAS.


6. Sewaktu berjalan raya di kampung-kampung, bawa bahan-bahan terbitan, VCD & keset dan hadiahkan kepada setiap rumah yang dikunjungi (khusus ahli UMNO, JKK, ketua kampung).


7. Sewaktu orang kampung berjalan raya di rumah, TV hendaklah sentiasa dipasang VCD ceramah sepanjang masa, sewaktu balik hadiahkan mereka dengan VCD atau lain-lain.


8. Menjelaskan keraguan mereka terhadap Pas.


9. Tanamkan keyakinan kepada mereka jika hendak mengetahui perjuangan Pas perlu daripada sumber Pas seperti Harakah, Siasah. Bukan daripada TV atau Utusan Malaysia, Berita Harian

Sumber : Risalah Balik Kampung Pas sempena Adil Fitri 2010.[ celaka sungguh Pas Klu Klek]