Rabu, 16 Februari 2011
Seks luar tabie
PERBUATAN menyeksa pasangan untuk mendapat kepuasan seksual masih berlaku di Malaysia.
Kematian misteri lelaki bercoli yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Sentul, Kuala Lumpur membuka lembaran tahun 2011.
Kisah ini belum terungkai. Apakah motif lelaki keturunan Melayu berusia 26 tahun itu memakai coli sambil memanjat bangunan setinggi 17 tingkat itu?
Mangsa diandaikan sedang melakukan percubaan mencuri di beberapa buah rumah di kawasan tersebut.
Dia turut dikaitkan dengan perilaku seksualnya yang luar biasa berdasarkan corak pemakaian mangsa ketika menemui ajal.Sama ada disedari atau tidak, terdapat individu yang memperoleh kepuasan seksual dengan memakai pakaian atau peralatan peribadi milik jantina berlawanan.
Kes yang digelar transvestisme ini merupakan salah satu daripada cabang perilaku seks luar biasa atau disebut juga parafilia.Bidang kegilaan seks luar biasa yang berleluasa dalam diam ini turut meliputi perbuatan mengintai (voyeurisme), menayangkan alat kelamin (ekshibisionisme), melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak (pedofilia) dan menyalut tubuh dengan makanan sebelum melakukan hubungan seks (nyotaimori). Selain itu, kegiatan melakukan seks dengan mayat (nekrofilia), haiwan (bestialiti) dan saudara kandung (incest) merupakan sebahagian lagi kegilaan parafilia.
Tidak terkecuali juga keinginan mencapai kenikmatan seks dengan cara yang ganas seperti memukul, mencekik dan menggunakan alatan untuk menyakiti pasangan.Menurut pakar seksual lelaki, wanita dan reproduktif,
Dr. Ismail Thamby, parafilia dikaitkan dengan kecelaruan mental yang menyerang penghidap masalah psikologi bipolar."Penghidap ini akan mengalami dua situasi berbeza pada satu-satu masa sama ada riang atau murung dalam tempoh tertentu," ujarnya yang melihat punca lain parafilia disebabkan ketagihan peribadi yang timbul berdasarkan perkembangan minat pada mulanya.
Perilaku ini tidak dikategorikan sebagai penyakit mental kerana kecelaruan ini berupaya untuk menjadi terlalu ekstrem begitu juga sebaliknya. Parafilia lebih ditumpukan kepada langkah untuk menaikkan syahwat dengan pelbagai teknik dan gaya.
Ismail tidak menolak kecenderungan untuk mencapai kepuasan seksual ini disebabkan oleh pengaruh daripada persekitaran yang bersifat global sekali gus menyuntik perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.