Isnin, 21 Februari 2011

Tun Mahathir sayang akan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim

Berlatar belakang Ferrari Merah milik Azmin
Sejarah yang tidak didendangkan akan diceritakan diblog TM. Semua orang kenal Anwar Ibrahim, Generasi yang lahir sezaman dengan beliau sudah masak dengan perilakunya. Cuma generasi Y yang tidak mengenali beliau.

Bagi TM yang menjadi pengikut setia Anwar sejak beliau memasuki Umno sehingga dia disingkirkan, masak benar akan hati budi dan lakonan dramanya.

Kalau P.Ramle masih hidup sudah tentu beliau mengaku kalah dengan Anwar kerana beliau lebih hebat berlakun daripada  arwah.

Sejak berjaya menjadi ahli Umno, bintang Anwar yang juga peneraju utama ABIM terus gemilang. Anwar berjaya menewaskan Dato Suhaimi dan memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan terus diberi kepercayaan oleh Tun Mahathir untuk memegang jawatan dalam kabinet.

Begitu juga dengan Azmin Ali, sejak beliau menjadi pegawai (PA )Anwar, bintangnya terus gemilang dan Tun Mahathir juga menyayangi Azmin seperti anak sendiri. Azmin anak  Ustaz Ali amat cerdik dan terus dididik oleh Anwar sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sayang seribu kali sayang, seperti kata pepatah Melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Azmin juga menjadi mangsa liwat Anwar pada usia yang masih muda dan bagaikan dipasung puaka Azmin terus menjadi hamba kepada Anwar hingga ke hari ini.

Bukan sahaja Azmin, Saifuddin Nasation juga pernah berhasrat untuk meninggalkan Anwar kerana hilang kepercayaan kepadanya dalam banyak hal.  Bagaimanapun Anwar berjaya memerangkap Saifudin dengan menggunakan Kamarudin Jaafar. Apabila mata bertentang mata dan bahu ditepuk dan diurut-urut segala marah dan benci akan lenyap begitu sahaja.

Begitu juga halnya dengan Azmin yang pernah menghantar notis untuk meletakkan jawatan serta merta juga turut gagal setelah ditepuk dan digosok oleh Anwar. Apa ilmu yang Anwar pakai? Mengikut cerita orang lama-lama , Anwar menuntut ilmu salah sewaktu beliau sering berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur kerana beliau menjadi tenaga pengajar di Institut Yayasan Anda di Ipoh.

Orang Ipoh yang selalu berlegar dan bersantai di stesen keretapi Ipoh akan kenal siapa lelaki yang bergaya dengan kot cekak musang dan bersongkok tinggi malam-malam hari untuk menaiki keretapi balik ke Kuala Lumpur.

Diceritakan bahawa ketika itu lah beliau menuntut ilmi yang salah dari seseorang di Batu Gajah. Tidak lama selepas itu bintang Anwar terus gemilang kerana berjaya menongkah arus dengan cepat dan mengisi jawatan menteri dalam kabinet Tun Mahathir.

Tun juga menjadi mangsa ubat guna-guna atau puaka Anwar, ini jelas kerana Mahathir amat menyayangi Anwar dan menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah membuat satu pakatan untuk menjatuhkan Tun Mahathir melalui pemilihan PAU tahun 1987.

Pada ketika itu Anwar sudah licik dalam menjalin tikar politiknya kerana beliau adalah talibarut Amerika sejak menjadi pemimpin persatuan  bahasa di Universiti Malaya.

Ketika itu tiada siapa yang sedar siapa Anwar sebenarnya. Ini kerana beliau berjaya berselindung diatas nama Islam dan ABIM.

Akibat permainan kotor Anwar, Umno diharamkan oleh ROS. Ku Li, Rais Yatim terus menentang Tun Mahathir dengan menubuhkan Semangat 46.  Pak Lah berpatah balik dan menyokong Tun Mahathir, [Pak Lah ialah Yes Man, bandwagon]

Kerana terlalu percaya dan menyayangi Anwar dan Azmin , Tun Mahathir menyokong Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan 1993. Tun pernah meminta maaf dalam ucapan akhir Pau kerana beliau menyokon Anwar dan merelakan Tun Gafar Baba menangis tak berlalu,

Suasana sedih amat dirasai dalam Dewan Merdeka di PWTC apabila Tun Sanusi Junid membuat ucapan sinikal yang menyindir Tun Mahathir dan juga Anwar dengan tajuk ucapan politik wang bernilai seringgit, sambil beliau menunjukkan duit kertas RM1 yang mempunyai latar belakang parlimen, RM 5 berlantarbelakangkan istana, seterusnya RM !0, RM 50, RM 100, RM 500 dan RM 1000 ( TM pernah tulis isu teks ucapan Sanusi dahulu).

Pada ketika itu berakhirlah era Tun Gafar, Tun Sanusi , Pak Lah dan juga Abd Hamid Osman dan beberapa tokoh veteran.[ Pak Lah berjaya kembali sebagai Naib Presiden 3 tahun kemudian]

Tokoh yang naik ialah  Anwar, Najib, Muhyiddin , Rahim Thamby Chik dan Muhammad Taib. Kumpulan ini dinamakan Team Wawasan.

Pada ketika inilah bintang Azmin terus bergermelapan. Azmin dan Shamsidar mula mengumpul kekayaan yang cukup mengejutkan. Adik beradik Shamsidar menjadi  jutawan sekelip mata, membeli dan menjual saham bukan dengan nilai ribu tetapi juta.

Mungkin ada dikalangan pembaca pernah melihat produk modem bernama 'Johan Modem' pada ketika itu hanya berkeupayaan 24kbps dan 36kbps yang dijual dengan harga RM 880 . Itu lah  jenama yang dihasilkan oleh kilang milik keluarga Shamsidar Taharim.

Kegiatan skandal seks Anwar terbongkar dengan isu liwat pemandunya iaitu Azizan. Umi Hafilda yang berjaya mengintip kegiatan Shamsidar dan Anwar di Tivoli Villa telah menggemparkan negara. Bagaimanapun surat Umi kepada Tun Mahathir berakhir di dalam tong sampah. Tun Mahathir sukar menerima khabar buruk mengenai Anwar yang bisexual dan berskandal dengan isteri Azmin.

Kegiatan songsang Anwar ini sudah banyak diketahui oleh rakan-rakan MCKK yang bersetuju bahawa beliau memang berminat ke arah itu.

Di KL pemandu teksi, aktivis belia dan juga polis termasuk PVR tahu akan aktiviti Anwar pada malam hari. Maklumlah pada ketika itu usianya masih muda dan segala aktivitinya cukup licik dan hanya rakan-rakannya yang mengenalinya sahaja yang tahu dan faham siapa dia sebenarnya Anwar.

Setelah buku 50 dalil Anwar tak layak menjadi Perdana Menteri , barulah Tun Mahathir mula membuka mata dan mengarahkan satu siasatan dan intipan dilakukan. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Musa Hassan dan juga peguam negara Ghani Patail yang berjaya membongkarkan segala aktiviti dan skandal Anwar.

Bagaimanapun Tun Mahathir masih menjadi penghalang utama, beliau masih sayang kepada  timbalannya dan ada benda-benda yang lebih dahsyat lagi Tun tidak gemar untuk didedahkan. begitu juga Agong ketika itu.  Pendedahan Umi mengenai wujudkan tape rakaman menang benar, Umi tidak berbohong dalam isu tape atau pita rakaman ini. Ianya benar.

Akhirnya berkat doa orang yang dianiaya, doa Umi dan ibunya dimakbulkan. Anwar dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara. Akan tetapi sayang seribu kali sayang Pak Lah dan KJ lah yang patut dipersalahkan dalam kes Anwar. Kenapa? Kerana membebaskan Anwar selepas 6 tahun dipenjara.

Mungkin dosa Pak Lah dan KJ juga lah tsunami politik menimpa negara dan akhirnya Pak Lah terpaksa mengundurkan diri pada 2009 selepas 5 tahun menjadi Perdana Menteri. Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah juga menerima hukuman kerana perbuatannya menghantar passport dan membantu dalam usaha membebaskan Anwar.

Maaflah KJ, walaupun pahit TM terpaksa sebut juga. Hari ini KJ hilang fokus dalam memimpin Pemuda Umno. KJ lebih mementingkan hobby dan cita-citanya remajanya yang terbantut.

KJ sepatutnya mengorbankan masa untuk membangun dan menggerakkan agenda pemuda , bukan masa itu untuk mengejar sayap penerjunan atau paraglider, bukan masa untuk mengejar pangkat kapten atau mejer dalam Rela atau Wataniah. Bukan masa untuk bermountain bike bersama remaja di FRIM atau Taman Tun.

Masa semakin suntuk untuk menghadapi PRU 13, jika benar KJ sudah hilang minat dengan pemuda eloklah letak jawatan dan biarkan orang kedua mengambil alih tugas beliau.

Akhir kata , kepada generasi Y yang taksub dengan perjuangan Anwar, anda dinasihatkan supaya berfikir dan usahlah menyokong beliau, sesungguhkan kami orang-orang lama cukup masak dengan beliau.

Begitu juga dengan Pas dan Dap, janganlah hipokrit dalam isu ini. sesungguhnya kamu hanya ingin menggunakan Anwar semata-mata untuk kepentingan politik sahaja. Pas dan Dap tahu siapa sebenarnya setan dajal yang bernama Anwar Ibrahim