Sabtu, 9 April 2011

Awas jurufoto dan blogger Pro BN di PRN Sarawak



KUCHING: Peralatan kamera bernilai lebih RM20,000 milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dicuri semasa jurufotonya membuatliputan lawatan menteri ke Asajaya dekat sini, Sabtu.

Jurufoto Muhammad Razali Nordin, 39, berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang sibuk menghantar gambar melalui komputer riba acara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Dewan Serbaguna Kampung Semera Laut.

Kamera serta lensa kamera jenis Nikon itu diletakkan di sisinya, dan pada masa kejadian terdapat sekumpulan remaja yang mengerumuni beliau untuk melihat gambar yang dimuat turunnya ke dalam komputer ribanya pada kira-kira pukul 5 petang.

"Mereka kemudian beredar dan selepas itu saya menyedari kamera itu lesap," katanya kepada Bernama.

Beliau kemudian meminta bantuan ketua kampung itu untuk mengesan kameranya, tetapi gagal.

Setelah itu, Razali membuat laporan polis mengenai kecurian kamera itu di Balai Polis Asajaya.

Polis berkata mereka akan menyiasat kes itu.