Khamis, 28 April 2011

Kalau dah dasar penipu....

Dato' Harun Din kata 

"jangan baca akhbar yang membawa berita fitnah sebab hukumnya haram"
tetapi media PKR telah memetik kenyataan Harun Din tersebut dengan, 

"JANGAN BACA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA YANG MENYEBAR FITNAH"

Ini apa pula hukum sesuka hati tukar kenyataan orang ni?




KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.

"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.

"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.

Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.

"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.