Sabtu, 16 April 2011

Pas makan telur di Sarawak

Pas meletakkan 5 calon untuk PRN Sarawak ke 10. Pas menaruhkan harapan yang tinggi untuk menang bergaya.

Awal pagi tadi Pas begitu yakin akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi iaitu di Beting Maro.  Bagaimanapun pada sebelah petang suasana muram berlaku di kem Pas dan kemuncak kesedihan ialah apabila seorang jentera parti Pas dari Kelantan meninggal dunia di Beting Maro.

Sebelum jam 5 petang, Pas sudah tahu mereka akan kalah teruk dan akan hilang wang pertaruhan. Akhirnya Pas dapat telur ayam 5 biji.

Facebooker Pas sejak malam tadi sehingga tengah hari tadi bukan main bongkak dan sombong menghina dan mencela BN dengan pelbagai tohmahan.

Semuanya memakan diri sendiri dan nasihat TM ialah satu, Pas Sarawak perlu dibubarkan dan tidak perlu bersusah payah nak bertanding lagi. Rakyat Sarawak sejak 1980an lagi sudah menolak ideologi Pas yang dianggap terlalu ekstrem dan ortodok.