Jumaat, 6 Mei 2011

Kaum Pattani Siam lebih hebat dari orang kita

Restoran Thai
Restoran yang terdapat di Taman Kamunting Jaya ini yang bersebelahan jejantas keretapi Kamunting ialah milik seorang Melayu dari Pattani Thailand.

Gerai pemilik tempatan
Di Kamunting terdapat lebih dari 1o buah restoran milik orang mereka. Restoran yang paling popular ialah Restoran Kamunting Timur dan Kamunting Utara.

Kelebihan mereka ialah mereka sanggup berbelanja besar untuk berniaga. Ia berbeza dengan peniaga tempatan yang lebih gemar berniaga dibawah khemah atau membuat gerai-gerai dibahu jalan.
Milik orang kita

Kalau kita biasa singgah dan pekena apa yang patut diwarung-warung tepi jalan ni, harganya mak datuk, sama dengan restoran.

Restoran Mamak Nasi Kandar jual kopi secawan RM 1.00,  mereka yang bawah bangsal pun sama naik, RM 1.00 juga. tu belum harga makanan. Pada hal mereka yang berniaga ditepi-tepi jalan ni, lesen pun tak ada dan sewa tapak pun tak kena. Suntikan doktor dari jabatan kesihatan  jauh sekali.

Orang Tepeng ni , kalau siang hari pakat-pakat makan dikedai mamak, malam pakat bersantai dikedai siam.

Peniaga melayu merungut, kurang pelanggan. Mana tak kurang, buat kari kuah cair, masak lemak pun sama nampak lantai.

Pergi pekena di Pelita Nasi Kandar, kuah kari dia pekat meleleh air liur... Kedai melayu, baru tengok menu dah hilang selera. Harga mak ai.....mahal.

So kalau pelancong yang datang ke Tepeng, berhati-hati lah bila makan , peniaga melayu yang berniaga di warung atau gerai ramai yang jenis cekek darah. Mereka tahu siapa yang mereka patut sembelih.

Satu motivasi kepada peniaga melayu, ialah untuk berjaya kita perlu berani. Lihat sahaja kejayaan pemilik Restoran Selera Malam dan Restoran Dolli. Mereka juga bermula dari gerai pasar malam dan akhirnya berani membuka beberapa rangkaian restoran dan berjaya.

Restoran Assam Pedas yang popular di Taiping bermula dengan warung ditepi jalan. Restoran di asaskan oleh Arwah Abang Ismail, seorang tukang masak tentera yang berasal dari Alor Gajah Melaka.

Selepas tamat perkhidmatannya beliau membuka restoran dan kini diuruskankan oleh Pak Lang yang juga adik ipar arwah.

Jumlah penduduk Tepeng hampir setengah juta orang dan peluang dalam perniagaan penyediaan makanan cukup menjamin pulangan yang lumayan. Siapa yang bijak mereka akan berjaya.