Jumaat, 27 Mei 2011

Nizar patut bangga kerana Melayu

Umno berjaya dalam mempertahankan hak dan kedaulatan Melayu. Ini terbukti dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Buktinya Menteri Besar mestilah orang Melayu beragama Islam.

Semalam,  Exco Tunggal MCA Perak, Dato Mah mendedahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai usaha untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Calon tersebut akan bertanding di kawasan majority Cina, bukan di kawasan majority Melayu kerana takut kalah ditangan Umno.

Berbalik kepada Nizar Jamaluddin, beliau hanyalah nama kecil dalam dairi Pas. Oleh kerana ramai orang Pas yang enggan bertanding dalam PRU 12, maka calon Pas pakai tangkap muat sahaja.

Nama Nizar meletop setelah dipilih oleh Paduka Seri Sultan Perak untuk mengetuai kerajaan campuran antara Dap, Pkr dan Pas yang hanya menang 6 kerusi.

Nama Nizar terus gah setelah diangkat oleh DAP untuk menang di PRK Bukit Gantang.

Kini Nizar telah menjadi nama besar dalam Pas kemuncak kerjaya politiknya akan diuji dalam pemilihan jawatan Naib Presiden bulan hadapan.

Jika menang, Nizar harus berterima kasih kepada Melayu Perak lebih lebih lagi Umno yang mempertahankan hak Melayu.

Siapa Nizar, siapa Bob Lokman jika bukan kerana Melayu.

Bok Lokman yang diusung dan dijaja oleh Pas kerana dia artis, andaikata Bob hanyalah budak pengait kelapa sawit di kampungnya sudah tentu beliau tidak dilayan sedemikian rupa.

Bob juga harus ingat jika beliau bukan artis terkenal, Pas tidak akan pandang walaupun sebelah mata.

Memang wajarlah Awie menempelak BoB Lokman kerana Bob menghina dunia Seni yang diceburinya hampir 30 tahun.

Bob perlu mencontohi Sham Kamikaze dalam penghijrahan agama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.