Sabtu, 18 Jun 2011

Sembang-sembang dengan orang Pas.

Soalan 1 : Bagaimana pandangan ustaz dengan Pas hari ini?
Jawapan:  Setakat hari ini , Alhamdulillah , sebagai ketua Pas, semakin hari semakin bertambah ahli  dan orang Melayu ada kesedaran, tentang dasar perjuangan tidak berubah juga walaupun naik orang baru atau orang lama ia tetap sama saja.

Soalan 2 : Apa pandangan Ustaz tentang negara kebajikan dan negara Islam?
Jawapan : Ia sama saja, sebab dalam Islam ada kebajikan. Bila kita nak tegakkan negara Islam bermakna ada kebajikan di situ,  setiap gerak geri kita ada pahala.

Soalan 3: Apakah negara kita hari ini tidak melaksanakan kebajikan?
Jawapan: Saya tidak nafi ada juga, tetapi kalau betul-betul mahukan kebajikan, kebajikan banyak ada banyak kategori, ada nama dalam ilmu tasawuf dinamakan amal qurbah. kebajikan ini ditolak , Tuhan tak bagi pahala. Kita campur dengan benda-benda yang tidak baik, kita nampak kebajikan tetapi ia tidak kerana termasuk dengan sifat riaknya, sifat fitnahnya, sifat khianatnya akan menjadi amal qurbah dan ditolak oleh Allah. Dalam kubur lagi akan menerima azabnya.

Soalan 4: Bagaimana dengan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan hari ini?
Jawapan: Kalau tengok pada zahir, ia bercampur aduk, ada amal qubah, ada sifat khianat, ada bentuk fitnah, seperti tayangan video Anwar adalah fitnah. Orang yang buat kerja amal fitnah, Tuhan tak terima.

Soalan 5: Adakah tayangan video oleh Datuk T itu fitnah?
Jawapan: Ya, jika ia benar sekalipun , kita tak boleh pamer begitu, salah dari segi agama, lebih-lebih lagi belum tentu dia sungguh yang ada dalam video itu. Semua nya menjuruskan kepada dorong oleh setan, hawa nafsu dan nafsu.

Soalan 6 : Bagaimana Fitnah Mat Sabu terhadap Anwar sebelum ini  yang menggelarkan Anwar Aljubury walliwati.?
Jawapan: Yang tu saya tak tahu dan saya tak dengar, hanya surat khabar saja yang kata, saya tak pernah dengan dengan telinga saya sendiri. Saya tak dengar dan saya tak boleh terima benda tu. Macam video, yang sebenar kita tak tahu, Datuk T senyap saja. Jadi saya tak boleh terima perkara itu.

Soalan 7: Apakah ustaz tahu bahwa dalam Pas hari ini menular fahaman-fahaman luar seperti Syiah?
Jawapan: Saya tak dengar, saya tak tahu.

Soalan 8: Apakah benar Mat Sabu berfahaman syiah?
Jawapan: Saya tak tahu dan kita tak boleh tuduh sebarangan kerana ia dosa besar.

Setakat itu saja, malas nak tanya lagi,,,sebab dah tahu apa jawapan yang akan diberi. orang Pas tidak pernah berubah pemikirannya.

Apa yang menguntungkan diri mereka semuanya boleh dan halal. tak untung, hukumnya haram. dan TM tak berapa puas hati denga definasi amal qurbah yang di fahami oleh ustaz ini. Kerajaan hari ini sentiasa berusaha untuk memakmurkan negara dan rakyat untuk hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

Dan setiap apa yang dibuat mestilah diketahui oleh rakyat. jika tidak mereka menuduh kerajaan tidak buat apa untuk rakyat. Bila kerajaan buat dan maklumkan kepada khalayak mereka menuduh riak.

Hari ini pembangkang mempunyai strategi baru untuk menyerang kerajaan. Setiap perbelanjaan untuk sesuatu projek pasti mendapat kritikan.

Jika demikian lah caranya elok sahaja kerajaan membeku semua projek dan hentikan semua perbelanjaan negara.

Awal tahun lalu apabila kementerian cuba mengurangkan jumlah murid yang menerima RMT telah menyebabkan pengusaha kantin mengelabah dan juga ibu bapa mula bising kerana usaha kerajaan mengurangkan bantuan kerana merujuk kepada borang e-kasih.