Jumaat, 16 September 2011

PAKATAN HARAM YANG MEMANG HARAM.....

from: othman mohamed

TIDAK lama selepas PM  mengumumkan pemansuhan akta keselamatan dalam negeri maka berkumandanglah suara-suara orang munafik dari pakatan haram  yang menyatakan bahawa perjuangan mereka untuk mendesak kerajaan mansuhkan ISA telah diterima oleh Dato najib dan ini satu kejayaan besar perjuangan mereka selama ini itu lah kata-kata timbalan  presiden pkr azmin ali ini seorang lagi barua dap.
Bukan itu sahaja yang azmin mahu ! malah beliau mengarahkan PM membebaskan semua tahanan ISA dengan  kadar segera dan kem pertahanan perlindiungan kamunting  ditutup dengan segera begitu juga dengan pusat tahanan simpang rengam dan PM mesti memohom maaf kepada semua tahanan dan ahli keluarga yang ditahan sebelum ini


Azmin juga mahu hak perhimpunan secara aman untuk menjayakan demokrasi tulin dan beliau juga mendesak kerajaan supaya menerima perhimpunan bersih 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat,  azmin mahu najib harus membuat kenyatan terbuka bahawa kerajaan telah melakukan berbagai kezaliman dibawah undang-undang ISA dan perlu juga bermohon maaf kepda semua yang terlibat.

Satu lagi desakan yang dibuat ialah untuk menggubal 2 akta baru yang dipayongi perkara 149 Perlembagaan  Persekutuan perlu diwujudkan majlis perundingan kebangsaan PM seharusnya duduk semeja dengan pakatan rakyat sebelum akta tersebut dibentangkan di parlimen.

Pakatan rakyat tidak mahu undang-undang yang bakal digubal nanti masih menerap unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan sekysen 73 (1 ) dan sekysen 8 akta keselamatan dalam negeri kerana katanya akta ini masih memberi kuasa kepada menteri untuk bertindak, jadi sekarang sudah jelas bahawa puak pakatan haram nampaknya masih tidak berpuas hati apa yang telah kerajaan buat ketika ini kalau begini cara penerimaan pihak pembangkang bermakna pembangkang mempunyai agenda lain yang bertujuan dihari mendatang harap kerajaan berhati-hati dengan pihak tertentu yang berada didalam parti pembangkang.

Rumusan yang ingin dibuat disini bahawa kalau PM memansuhkan akta-akta yang telah diperkatakan dengan niat untuk mendapatkan undi untuk PRU 13 bermakna ini satu percaturan yang silap kerana apa yang akan berlaku seterusnya pada hemat kami bahawa parti pembangkang akan membuat bermacam-macam tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam,mungkin tak lama lagi azmin akan arahkan semua balai polis pula ditutup, walau bagaimana pun kami yakin PM tahu apa yang beliau telah lakukan dan satu harapan jangan kerana pemansuhan ISA rakyat yang selama ini hidup aman bertukar hidup dalam kesengsaraan disebabkan kesilapan seorang pemimpin.


MAKSUD PERKARA 149 YANG DIPERKATAKAN ADALAH SAPERTI BERIKUT :

KUASA-KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF , KEKERASAN YANG DIRANCANG DAN PERBUATAN-PERBUATAN DAN JENAYAH-JENAYAHYANG MEMUDARATKAN AWAM DAN KUASA-KUASA DARURAT

149.UNDANG-UNDANG MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, TINDAKAN YANG MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM DSB.

(1) Jika sesuatu akta parlimen menyebut pada permulaannya bahawa tindakan telahdiambil atau ancaman telah dibuat oleh sekumpulan orang yang terbesar sama ada dalam atau luar persekutuan :--

       (a)Untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu ; atau

       (b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap yang diPertuam Agong atau mana-mana kerajaan dalam persekutuan ; atau

       (c) Menngembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau gulongan pendudok yang mungkin meyebabkan kekerasan ; atau

       (d) Untuk mendapatkan diubah, dengan apa-apa cara lain dari cara yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang ; atau

       (e) Yang mendatangkan mudaratkepada penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana gulongan orang ramai dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang dimaksudkan untukmemberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walau pun peruntukan itu berlawan dengan mana-mana peruntukan perkara 5, perkara 9 perkara 10 atau perkara 13, atau walau pun jika tidak kerana perkara ini , peruntukan itu akan tekrluar daripada kuasa perundangan parlimen , dan perkara 79 tidaklah dipakai bagi satu rang undang-undang untuk sesuatu akta itu atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu rang undang-undang itu.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandongi sebutan permulaan yang tersebut dalam fasal (1) jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan , hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan dilulusakan oleh kedua-dua majlis parlimen membatalkan undang-undang itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut undang-undang itu atau dengan tidak menyentuh kuasa parlimen membuat sesuatu undang-undang baharu dibawah perkara ini.( Perkara 149 ini disunting dari Perlembagaan Persekutuan 1 mac 2010 )