Ahad, 4 September 2011

Kezaliman Bintang 3

By Mohd Noordeen:

Ideologi Komunis adalah anti agama dan Tuhan terutama Islam. Tokoh-tokoh Komunis Komunis sperti Karl Marx, Mao Tze Tung, Lenin, Stalin dan lain-lain memusuhi agama khususnya Islam. Sebab itu umat Islam di negara Kesatuan Soviet, di China, di Indochina ditindas sama ada dibunuh, dipenjara mahupun dinafikan hak sebagai Muslim.
Begitu juga di Malaysia, setelah kekalahan Jepun 1945, Komunis telah memerintah Malaya ketika itu dengan melakukan pelbagai kekejaman terhadap orang Islam/Melayu dengan membakar kampung-kampung Melayu, membunuh tokoh-tokoh agama dan orang Islam termasuk kanak-kanak tanpa belas kasihan. Lantas muncul angkatan Parang Panjang menggempor pengganas komunis terutama di Batu Pahat, Johor dan di Sg Manek, Perak.
Parti Komunis Malaya bukan sahaja dianggotai oleh orang Cina bahkan orang Melayu yg jiwa sosialis mereka memang berfaham komunis dan pastinya mendewakan ajaran komunis. Komunis Melayu berfokus faham Lenin-Stalin manakala komunis Cina berfokus faham Mao Tze tung.
Jika kini wujud penyokong komunis dan mendewakan komunis dan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan menandakan orang itu buta sejarah dan kerana wujudnya komunis di Malaya adalah menentang tentera Jepun (MPJA) dan ingin mendirikan rejim komunis setelah Jepun tumbang. Sudah tentu komunis juga anti Raja/Sultan jerana mereka bercita-cita mahu menjadikan sebuah republik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 ulasan:

  1. btul tu memang zalim tapi buat apa buat baik ngan keturunan zalim..sapa yg lebih zalim?

    KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kejayaan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang pentadbiran negara dikagumi pelbagai pihak termasuklah Parti Komunis China (CPC) khususnya dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 54 tahun merdeka.
    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hasil kunjungan beliau ke negara kuasa besar tersebut bahawa kerajaan dan para pemimpin China menyatakan rasa hormatnya terhadap kejayaan Malaysia.
    “Sewaktu mengadakanperbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” jelasnya kepada umno-online, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
    Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing, 5 Ogos lalu
    CPC diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui. umno online

    BalasPadam
  2. biasa le umno, cuba dap tu sokong depa, dipujinya melangit, ssb cina2 kt msia tak sokong bn, tu le puncanya, meraban, komuns, cinale, yg pastinya depa ni nyokong yahudi

    BalasPadam
  3. Pakatan haram bukan sahaja baik malah bersekongkol dengan saki baki komunis dan dengan terang terang bentuk kerajaan di sebuah negeri di utara tanahair. Jadi sebelum tuduh UMNO cuba pandang diri dalam cermin, orang Melayu di utara tanahair di halau dari pulau secara berperingkat peringkat dan atas nama kepentingan rakyat konon nya. Bagi masyarakat India pula jadikan kampung buah pala sebagai iktibar.... Belum lagi memerintah secara total sudah pandai menghalau apa lagi kalau dah perintah sepenuh nya semua Melayu jadi hamba depa kot?

    BalasPadam
  4. komunis tetap komunis, pas sekarang dah jadi komunis itu sebab tinggalkan perjuangan negara islam dan berjuang atas nama negara berkebajikan,penasihat pas sekarang ustaz lim kit siang dan tak lama lagi lebih ramai lagi penyokong pas akan dimurtadkan oleh dap, kerana pas belum buat kenyataan tentang isu pemereksaan gereja mungkin ada nasihat dari dap supaya pas berhati-hati membuat kenyataan.

    BalasPadam
  5. SANGAT PENTING UNTUK DIKETAHUI UMUM BAHAWA KARL MARX ADALAH SALAH SEORANG IDOLA MAT SABU. IKUTI WAWANCARA MAT SABU DENGAN MALAYSIAKINI SELEPAS MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS.

    DAH JELAS KAITANNYA...

    BalasPadam
  6. betul tu! kalau cina dap memuji bn nescaya diberinya projek mcm yahudi apco

    BalasPadam