Isnin, 9 Januari 2012

Kemenangan Anwar kejayaan besar pembangkang – Azmin

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyifatkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kejayaan besar buat pembangkang.

Katanya, kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya. – UTUSAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Komen