Ahad, 11 Mac 2012

Menara Taming Sari destinasi wajib kunjung





Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka yang bersebelahan Dataran Pahlawan.

Menara berputar 360 darjah semasa naik dan turun. Pelawat dapat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara berputar jenis Gyro ini adalah yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta.  Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Menara teknologi dari Switzerland ini mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

1 ulasan:

  1. warganegara Malaysia cuma RM10 bg dewasa RM5 bg kanak2

    BalasPadam