Khamis, 26 April 2012

Ambiga bodoh atau sengaja membodohkan khalayak

Ambiga Bingai

Banyak gelembong atau pembohongan yang menunjukkan kebodohan bekas presiden majlis peguam ini. Kalau nak kata bodoh tak betul juga sebab dia peguam . Peguam mana boleh bodoh.

Dalam debat dia dengan KJ malam tadi dia kata ada pengundi beralamat lain tetapi mengundi ditempat lain. Apa masalahnya? TM sendiri mengundi diluar kawasan, alamat rumah di Parlimen Taiping tetapi mengundi di Parlimen Larut.

EC tidak berhak untuk menukar tempat mengundi, ia hanya boleh diubah jika pengundi itu sendiri yang membuat permohonan melalui pejabat pos.

Ramai anak-anak Perak yang bertugas di Lembah Kelang akan balik mengundi di Perak walaupun alamat dalam kad pengenalan mereka menggunakan alamat di KL atau Selangor

Dahulu awal tahun 70an dan 80an ramai pengundi dari Felda di Pahang balik mengundi di Perak walaupun alamat pada KP mereka sudah bertukar alamat di Pahang.

Satu lagi Ambiga pertikai ialah pengundi yang berusia 100 tahun.

TM nak tanya puak-puak pemnbangkang.

Pernahkah mereka terjumpa pengundi yang berusia 150 tahun ini datang mengundi?

Pembangkang sepatutnya dapat menangkap dan merakam gambar mereka kerana mereka tahu nama dan alamat pengundi yang berusia 100 tahun lebih.

Hari ini pembangkang hanya bercakap sahaja tetapi tak pernah buktikan dengan gambar.

Kalau berani sila pergi kerumah mereka atau tunggu di pusat pembuangan undi dalam PRU 13 jika mereka terlepas pandang pada PRU 12 yang lalu.

Baca lagi di sini