Selasa, 3 April 2012

Arkib: Kisah Madrasah Islahiah Diniah dan Tabung Memali

SATU temu ramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatan kuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.

Ikuti temu ramah Penulis dengan beliau di rumahnya yang kebetulan berhampiran dengan madrasah berkenaan.

PENULIS: Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.

Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.

Pada tahun 1978 - lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 - kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani - Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.

Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.

Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.

Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggung jawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggal kan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatan kuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.

Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatan kuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatan kuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatan kuasa PAS Kawasan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.

PENULIS: Apa jawatan Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki?

AZMI: Pada peringkat PAS Kawasan Baling, Yusuf Hussin adalah Setiausaha Kawasan dan di madrasah beliau juga sebagai Setiausaha Jawatan kuasa Tadbir, sementara Ustaz Zaki sebagai Bendahari.

Walaupun pentadbiran madrasah dikatakan ditadbir oleh AJK PAS Kawasan Baling, tetapi yang berkuasa penuh di madrasah ini ialah Yusuf Hussin. Semua urusan dikuasai olehnya.

PENULIS: Sebelum pentadbiran madrasah diambil alih oleh AJK PAS Kawasan Baling, apa peranan Yusuf Hussin?

AZMI: Selepas Tragedi Memali, Yusuf Hussin mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai pejuang atau 'Mujahid Memali'. Oleh kerana beliau pandai bercakap dan cekap mengambil kesempatan, beliau telah dianggap sebagai 'orang penting' dalam tragedi itu.

Selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau dilantik sebagai Setiausaha Tadbir madrasah. Tetapi apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Baling, barulah beliau mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran madrasah dengan alasan ditadbirkan oleh PAS Kawasan. Semua Ahli Jawatan kuasa Tadbir yang asal terlucut dengan sendirinya.

PENULIS: Apa punca yang menyebabkan balu dan mangsa Tragedi Memali mengambil tindakan melapor kepada polis atas isu penyelewengan tabung setelah ianya berjalan dengan baik begitu lama ?

AZMI: Ada banyak sebabnya. Isu fitnah memfitnah dan mempersendakan maruah balu dan keluarga mangsa tragedi menambahkan kekalutan. Bagaimana pun, isu pokok yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kami ialah pertama, wang tabung telah disatukan menjadi Tabung Mangsa Memali sahaja.

Pada asalnya, tabung itu terdiri dari tiga saluran iaitu Tabung Balu Syuhada dan Anak Yatim, Tabung Mangsa Memali dan Tabung Madrasah. Walaupun akaun di bank satu, tetapi perkiraannya tetap berasingan. Wang dari tabung anak yatim tidak boleh dicampurkan dengan tabung mangsa. Begitu juga halnya dengan wang tabung balu. Wang anak yatim dan wang balu adalah khusus untuk mereka. Ianya tidak boleh dicampurkan dengan wang lain. Wang untuk mereka adalah khas dan terkhusus untuk mereka sahaja. Bila semuanya disatukan dari segi kira-kira, ini sudah melanggar syarat dan hak.

Kedua, Yusuf Hussin selaku pentadbir tidak pernah membentangkan penyata kira-kira mengenai wang tabung. Jawatan kuasa tidak pernah diberitahu berapa jumlahnya dan kepada siapa disalurkan serta berapa banyak yang telah disalurkan kepada yang berhak. Bantuan yang disalurkan kepada balu dan mangsa tidak tetap. Ia dikeluarkan mengikut pertimbangan dan budi bicara Yusuf Hussin sahaja. Biasanya menjelang Hari Raya.

PENULIS: Bila perubahan itu berlaku dan siapa yang mengubahnya?

AZMI: Perubahan ini terjadi selepas Ckgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 dan Yusuf Hussin lah yang mengubah semuanya.

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, saya terlebih dulu ingin menceritakan sejarah pengurusan tabung ini.

PENULIS: Siapa Cikgu. Non dan apa pula kisahnya?

Pada awal tahun 1992 Yusuf Hussin dikatakan dikehendaki berkhidmat di pejabat PAS Negeri Kedah, di Alor Star. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk mentadbir kan madrasah, beliau telah membawa Encik Zainon bin Ismail (lebih dikenali sebagai Cikgu Non) untuk memangku jawatan beliau mentadbir kan madrasah. Kerana sokongan kuat Yusuf Hussin kami menerima kehadiran Cikgu Non untuk mentadbir kan madrasah dengan hati terbuka.

Pada masa itu kedudukan kewangan madrasah tenat. Bangunan yang ada hanya bangunan sekolah dan asrama lelaki. Sementara bangunan asrama perempuan yang sedang dalam pembinaan tidak dapat disiapkan kerana kekurangan wang. Akhirnya Yusuf Hussin meminta fatwa dari Ustaz Awang untuk menggunakan wang yang disumbang oleh seseorang untuk membina madrasah madrasah sebanyak RM11,000.00. Ustaz Awang membolehkan wang itu digunakan untuk menyiapkan bangunan asrama perempuan dengan syarat diganti semula.

Bermula dari situ Cikgu Non pun mula lah menyumbang kan tenaga dan ideanya untuk mengisi Tabung

Madrasah, Tabung Memali dan Tabung Balu Syuhada.

Tindakan pertama Cikgu Non ialah menulis dan menerbitkan tiga buah buku bertajuk Asyahid Ibrahim Libya, Memali Lambang Syuhada dan Gugurnya Anak Melayu di Afghanistan.

Kesemua hasil jualan buku-buku berkenaan disumbang kan kepada tabung-tabung berkaitan setelah kos penerbitannya.

Sesungguhnya buku-buku tersebut membawa banyak kebaikan kepada madrasah dan waris mangsa Tragedi Memali. Penulisan buku itu membuatkan orang ramai simpati dan datang mencurah-curah dan rombongan ziarah banyak berkunjung ke madrasah dan Kampung Memali ini.



Di bawah pentadbiran Cikgu Non pembangunan madrasah bertambah rancak. Bangunan madrasah dapat dibina baru. Anggaran pembangunan yang diusahakan oleh Cikgu Non adalah seperti berikut:

  1. Membeli tanah tapak asrama RM 20 000.00
  2. Membina Asrama Guru RM 50 000.00
  3. Membina tambahan Asrama Putera RM 60 000.00
  4. Membesarkan Kantin RM 50 000.00
  5. Membeli tanah RM 30 000.00
  6. Saham dalam Jitra Food RM 70 000.00
Selain dari itu di bawah kelolaan Cikgu Non juga terdirinya Bengkel balu Syuhada dan koperasi KOMIK.

Kesemua jasa dan khidmat Cikgu Non tidak dihargai malah dia diperlakukan sebagaimana "Hang Nadim" dalam kisah Singapura dilanggar Todak.

PENULIS: Siapa yang mengawal-selia kewangan ketika itu ?

AZMI: Semua urusan kewangan hasil sumbangan penderma masih dikendali kan oleh Yusuf Hussin selaku Setiausaha Tadbir. Seminggu sekali bila beliau balik dari Alor Star, beliau akan mengumpul semua cek-cek sumbangan dan menyerahkannya kepada bendahari untuk disimpan di bank. Bank Islam.

Cikgu Non tidak berperanan mengenai soal kewangan Tabung-tabung yang telah ditubuhkan itu. Semua sumbangan yang beliau terima diserahkan kepada Yusuf Hussin untuk urusan seterusnya.

PENULIS: Apa peranan sebenar Cikgu Non?

AZMI: Peranan Cikgu Non ialah membantu menguruskan pentadbiran madrasah dan publisiti. Peranan luar. Melalui usaha beliau lah ramai orang bersimpati terhadap mangsa Tragedi Memali dan sumbangan terhadap tabung-tabung yang ada mencurah-curah.

Sebelum Cikgu Non membantu mentadbir kan madrasah, pengurusan kewangan madrasah dan tabung-tabung yang ditubuhkan tidak teratur. Mesyuarat Agung tidak pernah diadakan dan pembentangan kewangan tidak ada sama sekali. Semuanya terletak pada kawalan peribadi Yusuf Hussin sahaja. Maka mulai tahun 1996 Cikgu Non mula menyusun kira-kira kewangan berkenaan dengan teratur dan kemas.

Bagaimana pun, peranan Cikgu Non ini tidak ramai yang tahu. Beliau tidak mahu menjaja khidmatnya. Lagipun Cikgu Non ini seorang yang pendiam. Itu sebabnya bila timbul isu penyelewengan tabung, penduduk kampung berpecah dua. Ada yang menyokong Yusuf Hussin dan ada yang menyokong Cikgu Non.

Mereka yang menyokong Yusof Hussin ialah mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan pentadbiran Madrasah dan tabung-tabung berkenaan. Mereka nampak yang melakukan pembinaan baru terhadap bangunan-bangunan madrasah ialah Yusuf Husin. Begitu juga dengan wang sumbangan dari tabung. Yusuf Hussin yang mengeluarkannya. Mereka nampak khidmat Yusuf Hussin sahaja.

Tetapi bagi sebahagian besar kami yang tahu peranan Cikgu Non tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan Yusof Hussin yang terdapat pelbagai penyelewengan bila kewangan tabung-tabung berkenaan semakin banyak terkumpul.

PENULIS: Kenapa Cikgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 ?

AZMI: Apabila wang tabung ada banyak dan populariti Cikgu Non di peringkat luar Baling semakin popular, Yusuf Hussin mula tak senang hati. Sementara Cikgu Non pula merasakan apa yang di lakukannya selama ini seperti tidak dihargai.

Sebelum itu Cikgu Non menegur disiplin guru dan pelajar serta soal meningkat kan mutu pembelajaran yang kelihatan merosot.

Teguran ini tidak disenangi oleh pihak Jawatan kuasa Tadbir, terutamanya Yusuf Hussin. Hubungan Cikgu Non dengan Yusuf Hussin tidak sebaik dulu.

Satu ketika Cikgu Non menegur tindakan mudir Madrasah dan Bendahari yang menghantar anak-anak-anak mereka belajar di sekolah agama lain.

Pada Cikgu Non, tindakan merka itu bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Tadbir sebelumnya yang memutuskan untuk berkempen di kampung-kampung bagi menarik ibu-bapa menghantar anak- anak mereka belajar di Madrasah Islahian Diniah ini.

Kalau begitulah tindakan mereka, sepatutnya mereka berdua meletakkan jawatan kerana tidak yakin kepada pembelajaran di madrasah ini. Tetapi oleh kerana kedua mereka adalah orang lama di madrasah tentulah mereka tidak wajar meletakkan jawatan.

Atas dasar itulah Cikgu Non mengambil keputusan biarlah beliau sahaja yang meletakkan jawatan.

Pada pendapat beliau daripada jemaah berpecah, biarlah beliau berundur. Cikgu Non pun meletakkan jawatannya pada tahun 1997.

PENULIS: Apa Cikgu Non buat selepas itu?

AZMI: Setelah meletakkan jawatan Cikgu Non pergi ke Afghanistan dengan tujuan mendalami ilmu agama. Tetapi dalam masa empat bulan beliau di sana, beliau sering bermimpi mengenai isu madrasah. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan kembali ke tanah air.

Sesampainya beliau ke kampung berbagai fitnah dan tohmahan Yusuf Hussin terhadapnya disampaikan. Semuanya buruk dan tidak menyenangkan.

PENULIS: Apa antara fitnah dan tohmahannya?

AZMI: Ada banyak dan bermacam-macam. Antara yang paling tidak menyenangkan Cikgu Non ialah tohmahan kononnya dia melesapkan wang bengkel balu syuhada sebanyak RM 40,000.00 dan lain-lain wang lagi. Mereka mendakwa Cikgu Non pergi ke Afghanistan jadi jutawan.

PENULIS: Apa terjadi selepas Cikgu Non kembali ke Memali?

AZMI: Apabila Yusuf Hussin menyedari yang Cikgu Non telah kembali dan pelbagai fitnahnya telah disampaikan kepadanya. PAS Kawasan Baling telah menganjur kan satu majlis 'perdamaian' antara Cikgu Non dengan Yusuf Hussin.

Cikgu Non tak faham apa maksud perdamaian yang memerlukan satu majlis seperti itu. Apa kesalahan yang telah di lakukannya.

Oleh kerana Yusuf Hussin adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, tentulah majlis yang dianjurkan itu berpihak kepadanya. Segalanya dibuat untuk kepentingan dirinya dan menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Dan majlis 'perdamaian' itu dilakukan secara 'bersalaman' sahaja. Tak ada penjelasan khusus apa yang ingin didamaikan.

Cikgu Non berasa tak puas hati dan bangun memberikan pandangan. Pada pendapat Cikgu Non majlis

Ini tidak jelas dan tidak dapat membersih kan nama baik yang tercemar hasil fitnah dan tohmahan jahat. Oleh itu beliau mencadangkan supaya PAS Kawasan Baling menganjur kan satu majlis penjelasan yang lebih besar di mana dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung terdekat.

Cikgu Non seterusnya mencadangkan supaya dalam majlis itu nanti di perjelaskantu nanti di perjelaskan kepada ramai apa kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan selama ini. Jika benar beliau ada melakukan kesalahan beliau sedia akan bertaubat dan jika ada kesilapan beliau berjanji akan membetulkannya.

Majlis itu tidak mencapai matlamatnya dan Cikgu Non mengambil keputusan membiarkan saja ia berlalu.

Sebagaimana biasa Cikgu Non meneruskan usahanya dalam perniagaan yang diusahakan selama ini, iaitu berjualan pada majlis-majlis ceramah PAS di seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau membawa beberapa orang mangsa dan balu tragedi Memali, sama ada sebagai pembantunya atau menjalankan perniagaan sendiri bersama-samanya.

Bagaimanpun, orang luar Baling masih mengenali Cikgu Non sebagai perantara bagi urusan bantuan untuk balu-balu dan mangsa Tragedi Memali. Apabila PAS Kawasan di negeri-negeri lain mahu mengadakan majlis untuk balu dan mangsa Tragedi Memali, mereka masih menghubungi Cikgu Non. Keadaan ini wujud kerana selama ini beliaulah yang memperkenal kan mereka kepada jemaah-jemaah luar. Lagi pun Cikgu Non dikenali ramai kerana beliau pernah menjawat jawatan-jawatan seperti Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang, Exco Pemuda PAS Pusat selama enam tahun dan juga wartawan Harakah.

Oleh kerana Cikgu Non sudah meletakkan jawatan maka semua dari luar diserahkan permintaan dari kepada Ustaz Zaki. Tapi kerana pihak pentadbir sudah rasa simpati kepada balu-balu dan mangsa, mereka menyuruh Cikgu Non sahajalah yang uruskan perkara itu.

Satu ketika Cikgu Non pun bawa lah beberapa orang balu untuk satu majlis di Melaka dan Taman Melewar. Dalam majlis itu, para dermawan yang simpati telah memberikan sumbangan wang sejumlah lebih kurang RM10 000. 00 secara terus kepada balu-balu.

Sekembalinya mereka ke kampung, Cikgu Non menasihat kan Kak Soleha (balu Ibrahim Libya) dan Pak Teh Mat Piah supaya membuka satu akaun bank sebagi tempat simpanan wang berkenaan. Tujuannya supaya wang tersebut tidak cepat habis dan cuma diberikan mengikut jumlah pembahagian sama rata, apabila balu-balu terbabit benar-benar memerlukan wang. Siapa selalu ambil, cepat lah habis wang untuknya itu.

Apa yang dilakukan itu menimbulkan satu fitnah baru dari kalangan Jawatan kuasa Tadbir madrasah. Mereka menyebarkan fitnah bahawa Cikgu Non menggunakan balu untuk mengutip derma dan wangnya tidak diserahkan kepada tabung yang dikelolakan oleh madrasah. Tidak cukup dengan cakap-cakap di sekitar kampung, tohmahan dan fitnah itu disampaikan mereka kepada pucuk pimpinan, terutamanya Datuk Fadzil Nor.

PENULIS: Apa tindakan Cikgu Non bila ditohmah sedemikian ?

AZMI: Cikgu Non mendiamkan diri dan memendam rasa sendirian. Satu ketika terjadi satu permasalahan mengenai tandatangan cek koperasi (KOMID).

Kisahnya, setelah Cikgu Non meletakkan semua jawatan, urusan koperasi diserahkan kepada Ustaz Zul tetapi tandatangan cek masih tidak diubah pada rekod bank.

Satu ketika, Ustaz Zul mengeluarkan cek koperasi dengan meniru tandatangan Cikgu Non. Bila pihak bank dapati tidak sesuai, maka cek itu jadi 'cek tendang. Bila penerima cek menyedari cek koperasi tidak dapat ditunaikan, ia berjumpa dengan Cikgu Non untuk meminta kepastian. Setelah Cikgu Non menyedari bahawa tanda tangannya pada cek tersebut adalah palsu, maka dia pun buat laporan polis atas perbuatan yang dianggap menyeleweng itu.

Apabila pihak polis memulakan siasatan, satu perjumpaan diadakan di madrasah. Dalam perjumpaan itu Ustaz Zul mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Cikgu Non atas apa yang terjadi. Akhirnya dengan persetujuan bersama Cikgu Non bersetuju menarik balik laporan polisnya itu.

Setelah selesai, dalam majlis itu Yusuf Hussin berkata kepada Cikgu Non, "Sekarang ente report Ustaz Zul, nanti ente akan repot ana pula !'. Jawab Cikgu Non , "Mungkin kalau Pak Cop tak ubah sikap - masih ego dan angkuh, ana akan dedahkan semua penyelewengan yang Pak Cop telah lakukan."

Pada pendapat saya, mulai saat itu Yusuf Hussin menyedari bahawa Cikgu Non adalah merbahaya dan kredibilitinya dalam PAS mestilah dihakis kan di semua peringkat. Itu pendapat saya saja.

Dalam bulan puasa tahun 1998, tersiar satu pengumuman oleh PAS Kawasan Baling, menyatakan bahawa Encik Zainon bin Ismail (Cikgu Non) tidak lagi ada hubungan dengan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, dan kerana itu beliau tidak berhak menerima sumbangan atau derma bagi pihak madrasah dan balu-balu syuhada.

Ini sangat memalukan Cikgu Non dan perniagaannya pun jadi merosot kerana beliau rasa terhalang untuk berniaga. Malu. Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering menerima panggilan telefon yang mengugut akan dipukul.

PENULIS: Cikgu Non masih terus berdiam diri ?

AZMI: Tidak. Beliau terus berusaha membersih kan nama baiknya yang tercemar. Pada mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan Memali, Cikgu Non menimbulkan soalan dengan meminta penjelasan dari Yusuf Hussin apa maksud dan niat PAS kawasan membuat pengumuman mengenainya dalam Harakah.

Yusuf Hussin tidak mahu menjawab soalan yang ditimbulkan semasa ucapan penangguhan itu. Katanya, "Saya tidak dapat menjawab masalah itu kerana bapanya 'berwasiat' supaya jangan jawab."

Penjelasan itu tidak memuaskan hati Cikgu Non. Beliau seterusnya meminta supaya pihak PAS Kawasan mengadakan satu dialog atau penjelasan bagi menyelesaikan masalah dengan dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung berdekatan dan seorang Tok Guru yang dihormati.

Sehingga ke hari ini majlis yang diminta itu tidak pernah diadakan, malah lebih malang lagi, mesyuarat agung PAS Cawangan Memali pun tidak berani diadakan untuk tahun 1999 lalu.

Apabila PAS Cawangan Memali tidak bermesyuarat agung, sedangkan mesyuarat agung Kawasan sudah hampir tiba masanya, maka seramai 118 ahli PAS cawangan menanda tangai sarat perisytiharan untuk mengadakan mesyuarat agung khas.

Maka dilaksanakanlah mesyuarat khas dan tiga orang perwakilan dilantlik. Tetapi, pada mesyuarat agung Kawasan Baling, perwakilan Kampung Memali tidak diterima kerana tidak ada mesyuarat agung. Kami gagal lagi. Begitulah hebatnya permainan Yusuf Hussin. Oleh kerana beliau adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, segalanya beliau kawal dengan baik dan cuma memihak kepadanya sahaja.

Bagaimana pun kami dapat tahu bahawa dalam mesyuarat agung itu terdapat enam cawangan yang tidak bermesyuarat agung tetapi menghantar perwakilan penuh dalam mesyuarat dan berhak pula bercakap mengenai usul.

Penyelewengan itu kami dedahkan kepada PAS Pusat dan akhirnya pihak pusat mengarahkan PAS Kawasan Baling hendaklah mengadakan semula mesyuarat agung kerana mesyuarat yang terdahulu tidak sah. Yusuf Hussin tidak senang hati dengan kami dan dendamnya semakin membara.

Justeru, dalam mesyuarat agung semula itu, seorang wakil Pemuda PAS Baling, mencadangkan

Selepas itu seorang wakil Pemuda yang lain mencadangkan supaya usul itu dipinda atau ditambah supaya berbunyi: 'Pemuda PAS Kawasan Baling mengusulkan supaya keahlian Cikgu Non dipecat dan semua jawatan Yusuf Hussin dalam PAS digugurkan'.

Kerana pengaruh Yusuf Hussin dalam PAS Kawasan Baling sangat kuat, maka usul itu ditolak.

Bagaimana pun, dalam mesyuarat khas jawatan kuasa PAS Kawasan selepas itu telah memutuskan bahawa Zainon Ismail dan Azmi Haji Salim dipecat keahliannya, sementara keahlian Ramli Cik Mid digantung.

Keadaan menjadi semakin rumit dan jalan penyelesaian kelihatan tertutup rapat. Tapi Cikgu Non masih tak berputus asa. Dia sendiri menganjur kan satu majlis dialog dengan menjemput semua ahli PAS Cawangan Memali dan pemimpin-pemimpin PAS Cawangan dalam Kawasan Baling termasuk Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib. Malangnya, Ustaz Taib tak dapat hadir pada malam itu kerana beliau berada di Teluk Intan, Perak.

Majlis itu juga gagal. Pemimpin tertinggi Kawasan Baling dan Ketua-Ketua Cawangan dalam Kawasan Baling tidak datang. Yang ada cuma lebih kurang seramai 50 orang yang terdiri dari penyokong Cikgu Non di kampung ini.

Setelah terus gagal, Cikgu Non menyediakan satu memorandum dan dihantar kepada pimpinan tertinggi PAS pusat. Dalam memorandum, itu diperjelaskan kenapa tiga nama yang dicadangkan pecat oleh PAS Kawasan Baling itu. Selain dari itu Cikgu Non juga menjelaskan rasa kecewanya terhadap pimpinan PAS Kawasan Baling dan Negeri Kedah yang tidak prihatin terhadap masalah yang timbul selama tiga tahun itu.

Bagi saya, ketidak prihatinan pimpinan PAS tertentu terhadap masalah ini sangat dikesali. Masalah yang timbul ialah masalah balu syuhada dan mangsa tragedi Memali. Kalau dulu mereka disanjung dan dihormati, kenapa apabila timbul masalah mengenai tabung mereka, semuanya diam dan tidak peduli lagi.

Kini wang tabung mereka telah kering dan mereka semua dalam kesempitan, sedangkan peruntukan untuk mereka sebenarnya ada tetapi telah diselewengkan oleh pentadbirnya.

Akhirnya, setelah semua tindakan dan langkah penyelesaian gagal serta tertutup rapat, mahu tidak mahu kami yang diketuai oleh Cikgu Non berserta balu-balu Syuhada terpaksa membuat laporan polis mengenai penyelewengan Tabung Memali pada 27 Julai 2000.

Malangnya, bila pecah khabar mengenai laporan polis itu seperti mana yang tersiar dalam akhbar, pemimpin atasan menggelabah dan bertindak mengecap kami dengan pelbagai gelaran bagi maksud menimbulkan rasa benci terhadap kami. Yang jadi mangsa ialah balu-balu syuhada yang dulu disanjung dan dimuliakan.

 http://fantrealika.tripod.com/memali3.htm

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

 http://www.suarabloggers.com/edisi-tengah/7532-amende-lu-cakap-yb-mat-sabu-memali-.html

 http://theflyingkick.blogspot.com/2011/06/salahguna-kuasa-senator-yusuf-hussin.html

 http://penangwasabi.blogspot.com/2010/12/terhangat-dipasaran-mohamad-sabu-air.html

Cerita di atas juga dapat dibaca dalam buku berjudul ' MOHD SABU air mata di bumi Memali hasil tulisan Cikgu Non AL-Al-Afghani.