Jumaat, 4 Mei 2012

BERSIH 3.0: Akhbar Cina Terlepas Pandang Punca Kekecohan

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily hari ini menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0.

Ketua Pengarang Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan.

Walaupun hakikatnya mereka terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.

Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan. Bukanlah keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas, terbuka dan telus adalah karut semata-mata.

Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0.

BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.

Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan. Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum.

Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari. Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969. Begitupun, bukan kita tidak tahu bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Komen