Sabtu, 5 Mei 2012

Persepsi negatif terhadap kereta hybrid

Toyota Prius
Honda Insight
Kenderaan hybrid mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia oleh Toyota dan Honda. Honda membariskan  Honda Civic pada peringkat awal dan diikuti dengan Honda Insight. CRZ dan terakhir ialah Honda Jazz. Manakala Toyota pula dengan versi Prius.

Jenama lain walaupun ada versi hybrid tetapi masih belum memasuki pasaran tempatan. Dalam pembentangan Bajet 2011, kerajaan telah memberikan dua pengecualian cukai terhadap kenderaan import hybrid ini sebagai galakan. Cukai yang dimansuhkan sehingga Disember 2013 ialah Cukai Import dan Cukai Eksais.[ kalau tak salah].

Cuma masalah hari ini ialah persepsi masyarakat yang ingin mencuba kenderaan hybrid. Mereka ditakutkan oleh eksekutif pengedar kereta yang mana syarikat mereka belum memasarkan kenderaan hybrid dalam pasaran tempatan.

Mereka telah menakut-nakut bakal pembeli kononnya kos bateri berharga RM 25 ribu seunit dan mesti ditukar selepas 5 tahun.

TM sebagai pengguna Hybrid ketawa saja apabila kawan-kawan cerita pasai bateri kereta hybrid ini. Bila ditanya, siapa habaq?  Mereka kata penjual kereta yang habaq.

TM kata " Depa tu nak jual kereta depa so kena kondem lah kereta lain. Macam lah zaman dahulu, bila Perodua Kancil mendapat persaingan baru iaitu Proton Tiara. Bukan main hebat lagi jurujual Proton mengutuk Kancil, tetapi hari ini Tiara bungkus dan kancil tahun 1995 masih gagah di jalan raya."

Proton juga dijangka akan mengeluarkan kereta enjin hybrid dalam tempoh setahun dua lagi. Sebab itu pengecualian cukai akan ditamatkan pada akhir 2013.

Cuba bayangkan angka ini. Kalau sebulan pengguna hybrid dapat menjimatkan RM 200 kos pembelian petrol, setahun dapat jimat RM 2400 dan dalam 7 tahun penjimatannya ialah  hampir RM 17 ribu. Harga bateri hanya RM 7 000 dan bukan RM 25 000.  Jimat kan?

Selain menjimatkan kos bahan bakar, ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Oleh itu jangan takut untuk beralih kepada kenderaan Hybrid.

Teringat tahun 80an, apabila gear otomatik di perkenalkan, ramai yang takut sebab harga membaiki kerosakannya amat tinggi. Hari ini kalau tak ada otomatic gear, kereta baru itu tak cukup syarat ...semua orang akan pilih otomatic gear terutama penduduk bandar.

Satu lagi, hari  ini kenderaan baru mesti ada auto cruise control, EBD, ABS, sensor hujan, sensor lampu, GPS dll.