Selasa, 12 Jun 2012

Bekas AJK Umno Gopeng masuk Pas


Namanya Nazri Nordin yang juga bekas guru macam Lebai tua Kampung Sungai Rokam. Cikgu Nazri ini pernah mendapat projek membina Kompleks Kemas Gopeng daripada Dato Aziz Shamsuddin yang ketika itu sebagai Menteri Pembangunan Luar bandar dan juga Ketua Bahagian Gopeng yang bernilai jutaan ringgit juga. Tetapi projek itu telah dijualnya kepada satu kontraktor dan cikgu Nazri hanya mengambil komisen.

Kemudian Cikgu Nazri ini terlalu kerap dilihat dalam program Datuk Aziz Shamsuddin kerana untuk melobi pelbagai projek. Itu sahaja kerja Cikgu Nazri Nordin yang kononnya berjuang berhempas pulas dalam UMNO.

Apabila kerajaan negeri Perak jatuh ke tangan rejim cina DAP Cikgu Nazri mula dilihat rapat dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas seperti Ahmad Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, Nizar Jamaluddin yang ketika itu menjadi MB boneka rejim DAP dan beberapa pemimpin Pas yang lain dengan harapan dapat projek jutaan ringgit.

Apabila rejim cina DAP berjaya dihapuskan, cikgu Nazri mula menggelabah ke sana tak kena ke sini tak kena. Nak jumpa pemimpin Pas sudah tiada kuasa dan nak jumpa pemimpin UMNO malulah pula. jadi dia dok meroyan seorang-seorang di rumahnya di Rapat Setia.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh cikgu Nazri dan isterinya pernah mencium tangan Anwar Ibrahim kononnya akan sentiasa berjuang bersama Anwar ke mana sahaja.

Cikgu Nazri percaya rejim Cina DAP akan berjaya memenangi PRU 13 dan sekaligus berjaya memerintah negeri Perak sebab itu dia dan isterinya menyertai Pas malam tadi. dengan harapan bila rejim DAP berjaya menakluki Perak peluang untuk mengaut projek akan terbuka luas.

Isterinya hanya dikenali Kak Ros pernah menjadi AJK wanita Bahagian Gopeng dan kalah dalam pemilihan yang lepas.

Mereka mempunyai rumah banglo agak besar dan mempunyai 5 buah kereta. Banglo mereka terletak di kawasan Rapat Setia.

Apa yang saya nak simpulkan di sini orang-orang UMNO yang bersifat parasit seperti cikgu Nazri ini sepatutnya sudah lama meninggal kan parti UMNO.  Kita semua sepatutnya bersyukur kerana majlis meraikannya telah dilakukan oleh Pas di Taman Maju Rapat.

UMNO tidak akan rugi apa-apa, jika orang seperti ini menyertai Pas kerana jika masih menyimpan parasit sebegini UMNO juga akan rosak. Jangan risau satu pergi 50 akan mari.

Sementara itu malam tadi Pas begitu berpesta di Taman Maju Rapat kerana berjaya mendapat ahli UMNO yang menyertai Pas sehingga melakukan rusuhan dengan memotong wayar speaker majlis penduduk.

Ceramah Pas menampilkan Aisyah selain dari memburuk-burukkan kerajaan Aisyah juga menyanyi janji manismu di malam Jumaat sambil diiringi petikan gitar daripada penyokong Pas. Hebat Pas malam tadi ramai Tok Lebai Pas tidak berkelip mata melihat susuk tubuh Aisyah dan tidak berganjak sehingga habis nyanyian.