Isnin, 9 Julai 2012

Apa kes?

mati juga lelaki ini.

2 ORANG DI TEMBAK KERANA MENGAMUK DI KOMPLEKS B JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

Pengakuan Saksi Kejadian:

"Sebenarnya ancaman/serangan baru bermula setelah beberapa saat dua penyerang tersebut lalu di hadapan kereta kawan saya dengan saya penumpangnya. Kami berada di dalam situasi tersebut dimana kereta di hadapan dan di belakang kami telah dilibas dengan samurai oleh penyerang lelaki. Saya tidak ingin membuat spekulasi tetapi cukuplah sekadar saya mengemukakan gambar seperti di bawah. sama2 kita tunggu berita malam ini untuk maklumat lebih lanjut."

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN


Suspek: seorang lelaki, seorang perempuan (dipercayai Melayu)
Senjata: pedang samurai (kedua2nya membawa pedang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan