Jumaat, 20 Julai 2012

JI , Bekas Komunis dikesan menyusup ke dalam parti pembangkang



Kenyataan Ketua Penolong Pengarah E 2(M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sepatut nya semua pihak wajib memberi perhatian di atas kenyataan tersebut memandang kan laporan ini telah di kaitkan dengan Parti Politk tertentu di Negara ini, beliau mendedahkan bahawa terdapat Pengganas Jemaah Islamiah ( JI ) dan Individu yang pernah di kaitkan dengan Gerakan Komunis dan mereka-mereka ini telah di resap kan ke dalam Parti Politik Pembangkang selain cuba menjadikan mereka ini sebagai Calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Yang lebih menakutkan lagi Cawangan Khas ini juga telah mengesan beberapa Elemen JI yang cuba meresap masuk ke dalam Parti PAS dan selain Elemen Gerakan Komunis yang cuba meresap ke dalam DAP, seperti yang di nyatakan oleh pihak Cawangan Khas ini juga terdapat " Beberapa Pemimpin Parti Sosialis Malaysia ((PSM ) dan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) sering berulang-alik ke Bangkok dan Selatan Thailand membuat Perjumpaan Sulit dengan beberapa Pemimpin Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang di haram kan "

Beliau berkata demikian semasa menyampai kan syarahan nya bertajuk ' Keselamatan Negara Tanggung Jawab Bersama " Pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen pada 19 Julai 2012 "dan ini semua berlaku kesan dari Idea Politik Baru yang akan merosakkan Negara kerana gerakan ini mendapat sokongan dari Pertubuhan bukan Kerajaan ( NGO ) Asing yang membantu dari segi Kewangan, Latihan dalam dan Luar Negara serta pendedahan Kepakaran tertentu untuk menghadapi PRU yang akan datang .

Sebenar nya mereka mahu melahirkan NGO tempatan yang sentiasa bersikap bermusuh dengan Kerajaan dan sekali gus bermatlamat kucar-kacir suasana sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang Memerintah Negara ini, dalam hal ini tindakan Parti Pembangkang dan NGO yang suka memainkan Isu Kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci Kerajaan juga perlu di ambil perhatian terutama apabila Parti Pembangkang sekarang cuba meningkat kan Aktiviti Demotrasi dan juga Insiden yang bolih mengalihkan tumpuan Pihak Polis, Gerakan Massa mengheret rakyat turun ke jalan raya melakukan Demontrasi akan terus menjadi trend pada Negara ini.

Sedikit Ulasan Penulis :
Bila bercakap tentang Keselamatan Negara apa yang sedang dan akan di lakukan oleh pihak-pihak tertentu di hadapan KEMTA Kamunting mereka mendesak 45 orang baki tahanan yang masih di tahan di kem tersebut di bebaskan ! apa tujuan sebenar GMI dan pihak Pembangkang ? maklumat yang kami ketahui di dalam tahanan sekarang tidak ada saorang pun tahanan POLITIK dan yang ada ialah kumpulan seperti JI Jemaah Islamiah, JS Jemaah Santry, JDI Jemaah Daulah Islam, Pesalah Pemalsuan Dokumen dan juga pesalah yang Memperdagangkan Manusia dan mereka-mereka ini adalah kumpulan yang merbahaya pada Keselamatan Negara, walau bagaimana pun mereka ini semua akan di bebaskan juga apabila sampai masa yang telah di tetap kan iaitu apabila sampai tempoh tamat siasatan.


Penulis melihat dengan ini sudah pasti ada wakil dari pihak yang di tahan ini menghubungi Pemimpin Parti Pembangkang supaya mendesak Kerajaan membebaskan mereka, kesempatan ini di ambil oleh wakil pihak yang di tahan apabila mereka tahu bahawa Parti Pembangkang yang ada sekarang telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan yang telah di haram kan sama ada di Malaysia mahu pun seluruh Asia seperti Parti Komunis Malaya dan Jemaah Islamiah dan lain-lain kumpulan lagi, nasihat penulis kepada rakyat Malaysia jangan pandang perkara ini remeh kerana dengan kesilapan yang kita lakukan hari ini akan memberi impak yang besar pada Agama Islam ,Bangsa Melayu dan juga Negara Malaysia yang tercinta ini .*Perak PRU 13

Tiada ulasan:

Catat Komen