Isnin, 17 September 2012

Ugut keluar Umno kerana tak dapat netbook 1Malaysia

jenama HP
Dalam kalut-kalut jawatan kuasa bersiap sedia untuk mengagihkan komputer riba 1 Malaysia, tiba-tiba ada seorang orang muda bising-bising di belakang kerana dia tak dapat komputer.

Paling sedih ialah apabila dia mengugut untuk keluar Umno kerana kecewa.

Tak sabar sungguh nampaknya pemuda tersebut, menurut AJK yang bertugas, salah seorang ahli keluarganya sudah pun menerima laptop sebelum ini.

Kalau macam itu lah sikap pemuda tersebut sampai mengugut, ia amat memalukan. Ia sepatutnya bersikap rasional. Hari ini mungkin belum rezeki dia, akan datang mungkin dapat juga.

Pemuda tersebut akhirnya meninggalkan dewan dalam keadaan marah. Tak tahu lah agaknya bila PRU 13 tiba orang macam ini lah yang akan angkat bendera Pas.

Teringat kisah seorang Guru Besar Pencen namanya Mat Desa, beliau merupakan orang kuat Umno tetapi tak dapat jadi wakil rakyat lalu merajuk dan hari PRU tahun 90an dulu dia usung bendera Pas.

Hari ini kalau jumpa Tm dia sibuk ajak masuk Pas.

Kalau macam itu punya merajuk terus keluar Umno tak patriotik lah.

Umno hari ini bukan macam zaman pak lah. Nak merajuk dan nak pangkah parti lain. Hari ini Najib dah bawa Umno ke satu dimensi baru yang betul-betul baik dan diterima rakyat.

Sebagai orang Umno, pemuda tersebut hendaklah berpegang dengan slogan rakyat didahulukan.

FOTO MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 ulasan:

  1. Aduii... inilah dia orang melayu yang oportunis, habis madu sepah dibuang, macam seseorang yang bernama Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias. Sama je dengan cerita ni... bila dapat nikmat, bersemangat... kena jentik sikit, keluar parti, lepas tu khianat bangsa sendiri...

    BalasPadam
  2. TS Muhyiddin dah beri warning. Kalau sabotaj, pecat dari jadi ahli. UMNO tidak memerlukan orang seperti ini. Beliau bukan berjuang untuk bangsa tapi untuk perut dan kepentingan dia sendiri. UMNO buat apa buang masa. Lebih baik pecat jer dia sekarang!!!.

    BalasPadam
  3. Bagusle tru lama lama UMNO tinggal Najib dengan Mahyudinsaja

    BalasPadam
  4. macammanalah umno nak terus kukuh di malaysia jika sikap ahli umno seperti kebudak-budakan...dlm perjuangan kita perlu bersatu hati...hanya kerana sikap sebeginilah kita belum bersedia untuk pilihanraya...fikir2kanlah...selamat beramal

    BalasPadam