Selasa, 9 Oktober 2012

Vandalism Pesta Tanglung di Taiping Lake Garden

Apa salahnya, selepas makan, sampah ini dikumpul dan dimasukkan ke dalam tong sampah ATAUPUN lebih baik di bawa bersama semasa hendak pulang dan dibuang di tong-tong sampah besar yang diletakkan di dalam bandar Taiping

Kenderaan dilarang memasuki Dataran Kedamaian 

Tong sampah besar begini pun turut menjadi mangsa...dihumban ke dalam kolam...kejadian ini berlaku pada malam menyambut kemerdakaan negara kita....kalau begini perilaku masyarakat Taiping, maknanya mereka masih belum betul-betul merdeka....mereka hanya ingin berseronok tanpa memikirkan kesusahan yang akan ditanggung oleh orang lain akibat dari perbuatan bodoh mereka...


Kesan/bekas lilin yang dibakar oleh orang ramai pada perayaan Tanglung 29hb. - 30hb. Sept 2012 mengakibatkan laluan tersebut lincin terutama pada hari hujan. Keadaan ini boleh menyebabkan 'joggers' atau pejalan kak tergelincir, jatuh atau pun cedera di bahagian kaki.

Lilin2 kecil disusun di replika bola golf dan dinyalakan api...kesan hitam dan cat yang tekeluar menyukarkan kerja-kerja penyelengaraan.

Tasik menjadi tempat membuang sampah

Bangku ini disediakan untuk kemudahan orang ramai, namun ia juga turut dikhianati...jangka hayat pondok dan bangku ini mungkin tidak panjang sekiranya perbuatan yang sama berulang lagi dan lagi...

Sepatutnya pemandu kereta perlu sedar dan prihatin apabila memandu masuk ke dalam kawasan yang mempunyai penghadang begini...berhenti dan lihat dulu sekitarnya...tak payahlah tunggu ada papan tanda larang sebesar PAJERO baru nak perasan...sekali imbas pun dah boleh perasan sama ada kawasan larangan atau tidak, tambahan pulu tidak disediakan tempat parking (interlocking paver atau lain2)...parking atas rumput alamat, akan rosaklah rumput....itu pengetahuan asas, semua orang patut tahu!!!

Pecah akibat ditumbuk, diketuk atau ditendang..

Kereta dan motor yang dipandu laju di Jalan Kedamaian mengundang bahaya dan menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang sedang beriadah bersama keluarga dan anak-anak kecil di laluan tersebut. Jalan Kedamaian HANYA dikhaskan untuk pejalan kaki dan basikal...Papan tanda sedia ada ada menyebut larangan tersebut namun tidak diendahkan...

Sekiranya lilin dikikis, sudah pasti cat pada besi ini akan terkikis juga...maka akan cacat rupa railing ini...terpaksalah cat semula...kos lagiiii......!!


Inilah akibatnya perbuatan pembekaran terbuka..mencacatkan keindahan taman


Pokok kebiasaannya dibaja untuk menyuburkannya serta menjadi penghias taman tasik Taiping...tetapi di taman tasik Taiping, ianya dibakar sehingga rosak sebegini...

Angkara lilin...jangan terkejut sekiranya selepas ini ada orang yang tidak bertanggung jawab mengulangi perbuatan ini walaupun di luar musim perayaan...ini ialah kerana setiap perbuatan akan menjadi ikutan.
https://www.facebook.com/tamantasiktaiping

Mana perginya NGO dari DAP yang melalak apabila Koridor Utara hendak membina kiosk penjaja di sebelah tapak parkir kereta Hotel Flemington? Mana Nga Kor Ming? Mana Capek?


Tiada ulasan:

Catat Komen