Ahad, 3 Februari 2013

026/02/13- Gambar ini menyanggah kenyataan Presiden KERABAT


Harta milik seorang bekas tentera kagat berpangkat sarjen

Lagi pandangan sisi
Presiden Kerabat Lef Kol (B) Nazari menyatakan bekas-bekas tentera kebanyakan hidup di bawah paras kemiskinan.

Gambar di atas adalah bukti kenyataan Presiden Kerabat adalah  salah dan fitnah. Gambar di atas membuktikan seorang pesara tentera berpangkat sargent Kagat boleh hidup mewah saban tahun bertukar ganti kereta baru. Menurut jirannya Hj Ibrahim, Ustaz Osman memang gemar main tukar dan tambah kereta. Ia diakui sendiri oleh tuan tubuh sewaktu mereka masih bertegur sapa.

Buat masa ini beliau memiliki 6 buah kereta untuk kegunaan beliau, isteri dan anak-anaknya. Miskin atau kaya, susah dan senang bekas-bekas tentera adalah bergantung kepada otak dan pemikiran, jika seorang bekas tentera bijak menggunakan otak kiri dan kanan sudah tentu kehidupan mereka menjadi mewah. Jika sebaliknya sudah tentu bekas tentera menjadi sampah masyarakat, menjadi penyakit dan beban kepada kerajaan dan masyarakat sekeliling.

Ustaz di atas merupakan seorang Imam yang pro Pas dan kuat memutar belit ceramah dan khutbah Jumaat mengikut kepala sendiri.  Salah satu kegemaran beliau ialah mengkritik jiran-jirannya dalam setiap ceramah yang disampaikan dalam kuliah maghrib atau kuliah subuh. Orang yang menjadi mangsa ialah Hj Ibrahim dan jiran-jiran di Lorong Expo 2 yang tidak menyokong Pas.

Taiping merupakan bandar tentera seperti Port Dickson dan Terendak Melaka. Ramai bekas-bekas tentera yang berasal dari Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Kelantan dan lain-lain negeri apabila bersara mereka akan menetap di sekitar bandar Taiping seperti di Taman Jana, Taman Mewah, Taman Yayasan, Taman Berkat, Taman Ria dan sebagainya.

Sedihnya ramai diantara mereka yang menjadi ahli Kerabat dan menyokong perjuangan komunis yang dahulunya menjadi musuh kepada mereka.