Rabu, 21 Ogos 2013

Apa nak jadi dengan bas persiaran ini, asyik jatuh gaung sahaja

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Inilah akibatnya kalau penguatkuasaan longgar dan cincai bocai. Bas bebas merempit di Lebuh Raya melebihi had yang dibenarkan iaitu 90km/j. Kebiasaannya mereka memandu semaksima 130-150km/j.

Bas juga tak diperiksa oleh puspakom dengan teliti, tauke bas datang bawa geran dan surat 20 biji bas tetapi hanya satu sahaja bas yang muncul di Puspakom.

Bayangkan kalau satu company ada 100 buah bas dan jika semua masuk Puspakom, sekurang-kurangnya seminggu dua buah bas akan kelihatan dipusat pemeriksaan tetapi yang banyak berbaris ialah lori-lori persendirian.

Bila aksiden adalah cerita operasi bas dihentikan lah tetapi tak berlaku pun. Satu ketika bas konsortium yang berpusat di Taiping digantung permit sebulan untuk siasatan kes kemalangan tetapi bas lain tetap berjalan.

Hampeh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.