Ahad, 25 Ogos 2013

Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di Lebuhraya Karak pada 25 ogos 2013. 

Kejadian berlaku di Km35.4 Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah. Punca insiden berlaku selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sekitar pukul 8 pagi tadi. 

Mangsa dikatakan dalam perjalanan secara konvoi dengan tiga penunggang lain menuju ke Air Terjun Lanchang sebelum motosikal Kawasaki GTR1400 beliau terbabas. 

Beliau kemudiannya tercampak dari motosikal dan mengalami kecederaan serius di kepala ketika melanggar pembahagi jalan konkrit.Untuk info, Datuk Majura merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.
Nama: Datuk Majura Muda / Datuk Nik @ Majura (47) Perunding Kejuruteraan









Menunggang di lebuh raya Karak sememangnya menyeronokkan terutama pagi Ahad  kerana kereta dan lori tak banyak. Cuma pengalaman yang penting terutama sewaktu membelok kiri dan kanan. Elakkan bermain brake, apa yang perlu ialah pertukaran gear tinggi kepada gear rendah sewaktu membelok.