Selasa, 3 September 2013

Pengguna kenderaan panik

Akibat kenaikan harga minyak 20 sen telah menybabkan pengguna kenderaan menjadi cemas dan membuat pembelian panik.

Malam tadi semua stesen penuh dengan kenderaan terutamanya kereta untuk mengisi tangki mereka.

Pun begitu tidak ramai yang mengisi penuh ramai yang mengisi RM 50 sahaja dan kerana kesesakan maka pengisian Rm 50 itu merugikan kerana pengguna terpaksa keluar rumah berkilo meter dan terpaksa berbaris panjang menunggu giliran dan terperangkap dengan kesesakan lalulintas dan ditambah lagi dengan masa menunggu di lampu isyarat.

Apa yang pengguna perlu tahu ialah subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan kekal 90 sen dan pengguna perlu menokok 20 sen untuk seliter minyak.

Apa pun hari ini ada segolongan rakyat yang cuba membuat demontrasi di beberapa stesen minyak membantah kenaikan minyak yang berkuat kuasa hari ini.

Bagaimana pun kerajaan harus menjawab soalan rakyat mengapakah harga Ron 97 kekal dan tidak mengalami kenaikan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.