Jumaat, 6 Disember 2013

Apa macam Ibdil, tidur lena ?

Bekas SUK Pemuda Umno yang kini menjadi menjadi Ketua Pemuda Segambut dan Pengerusi Media Baru Pemuda Umno yang diumumkan oleh KJ.

Berikutan keceluparan dan kebodohan beliau dalam temu bual kelmarin menyebab beliau dibelasah teruk oleh pengamal media sosial malah Mazidul Akmal wartawan dan pesonaliti tv turut sama membelasah beliau kerana bercakap tanpa berfikir.

Dalam temubual tersebut Ibdil melakukan kesilapan dan jelas menunjukkan pemikiran dan pandangan beliau terhadap politik, cyberwar dan dasar-dasar kerajaan amat lapok dan ketinggalan 10 tahun kebelakang.

Malam tadi semasa mengulang dengar temubual beliau anak dan isteri pun bertanya " kenapa dia cakap macam tu, teruk sangat".

So, kalau budak dan orang yang tak terlibat dalam politik dan media sosial pun boleh kondem beliau, apatah lagi pengamal media yang sudah bergelumang dalam cyberwar sejak beberapa tahun lalu.

Dimana peranan Ibdil 4 atau 5 tahun lalu dalam cyberwar? Adakah beliau aktif bertwitter seperti bossnya KJ?
Apakah dia berperang dengan pembangkang dalam twitter dan facebook? Apakah beliau mempunyai blog, wordpress atau tumblr?

Nasihat kami hanya satu, Ibdil perlu memohon maaf kepada penggiat media sosial lebih-lebih lagi kepada mereka yang bernaung di bawah UMB atau bawah seliaan TFI, Ibdil juga perlu memohon maaf kepada Tun Faisal kerana kata-katanya kelmarin ditujukan kepada TFI yang kononnya telah melakukan kesalahan besar dalam menguruskan UMB selama 5 tahun.

Persidangan Umno masih berbaki 2 hari dan diharapkan esok atau lusa beliau sekali lagi dikehendaki ke bilik media sosial yang diuruskan oleh brotherhood dan buat kenyataan maaf.

Kita tahu beliau mendapat didikan luar negara tetapi bila kembali ke Umno, beliau adalah sama taraf dengan orang kampung, kerana kerajaan yang memerintah hari ini adalah datangnya dari undi orang kampung nun dipedalaman Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.