Isnin, 17 Februari 2014

Hospital Taiping Sarang Nyamuk

Bulatan ialah wad bersalin
Kawasan hadapan hospital pandangan dari Jalan Tamingsari

Kelmarin TM menerima sms daripada seorang rakan yang melawat wad bersalin di Hospital Taiping. Apa yang menyedihkan ialah kisah wad bersalin yang banyak nyamuk KING SIZE yang menyerang dalam wad waktu petang dan malam.

Nampaknya sejak 20 tahun lalu sampai sekarang wad bersalin masih menjadi sasaran nyamuk, dahulu sekitar tahun 1990an sewaktu pertama kali anak kedua TM dilahirkan di wad tersebut pun dah banyak nyamuk, ingat tahun 2014 nyamuk dah tak ada. Al maklum lah, Kementerian Kesihatan sangat peka dengan nyamuk sentiasa  berkempen mencegah denggi dan musnahkan sarang pembiakan nyamuk.

So, apa tunggu lagi wahai warga hospital, tak kan nak berkempen 24 jam tetapi tempat  sendiri jadi sarang nyamuk....(.80 % warga hospital adalah pro pembangkang,,,info dari dalaman hospital)