Isnin, 8 September 2014

Cuti Haji Untuk Swasta







YB Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan buat pertamanya untuk kerajaan membenarkan pekerja swasta yang beragama Islam diberikan cuti khas sekali dalam seumur hidup untuk mengerjakan haji.

Hari ini hanya kakitangan kerajaan sahaja yang menerima faedah ini berdasarkan pekeliling 1984. ia juga hasil usaha kerajaan yang memerintah iaitu Umno.

Tabung Haji ditubuhkan oleh pemimpin Umno terdahulu sehingga mendapat pujian pemimpin-pemimpin dunia hari ini.

Sebelum ini Tabung Haji hanya bermula dengan jumlah ahli yang kecil iaitu 1280 orang sahaja dengan simpanan RM 46, 000 sahaja tetapi kini Lembaga Urusan Tabung Haji mempunyai pemegang deposit seramai 8.4 juta ahli dengan jumlah simpanan yang mencapai RM 49 bilion. Ia menjadikan kerajaan kita dapat membina satu sistem penyimpanan yang menjadikan orang Melayu Islam menjadi penyimpan terbesar dan membolehkan mereka mengerjakan haji.

Itu kejayaan pemimpin Umno terdahulu, kali ini kita sebagai sebuah parti yang memperjuangkan dasar dan syiar Islam sekali lagi  pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian telah menyuarakan dan bercadang supaya diberikan cuti haji kepada kakitangan swasta.

Hari ini kebanyakan hasil perbahasan dalam persidangan peringkat cawangan membawa kepada peringkat Bahagian dan seterusnya ke peringkat Persidangan Agung Umno banyak yang menjadi dasar-dasar kerajaan yang memberikan faedah bukan sahaja kepada ahli-ahli Umno malah kepada seluruh rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kaum-kaum lain juga mendapat dan menikmati faedah hasil daripada apa yang diusulkan dan dibincangkan dalam persidangan Umno.  Kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memerintah merealisasikan apa yang disuarakan oleh rakyat.