Selasa, 2 September 2014

PEMUDA GERAKAN PERLUKAN KAJIAN SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA

Apa hal dengan Pemuda Gerakan? Ucapan Zahid Hamidi dikatakan mempunyai unsur hasutan.

Andy Yong pelajar aliran apa? Kalau aliran sains boleh juga dimaafkan tetapi sekarang mustahil beliau tidak memahami susur galur sejarah penubuhan Malaysia dan syarat menjadi warga negara kepada imigeran yang dibawa masuk oleh British.

Yong sebaiknya pergi lah berjumpa dengan Profesor Ramlah Adam dan Khoo Kay Kim untuk memahami syarat menjadi warga negara.

Kenyataan Zahid sebenar nya adalah luahan rasa kecewa dengan sikap golongan yang suka menghina agama Islam , menghina bangsa melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perkara ini tidak pernah berlaku kepada datuk nenek mereka terdahulu.

Jika diikutkan penubuhan parti Dap juga merupakan satu-satu cara penderhakaan terhadap ketuanan melayu. Halal jika semua penganut fahaman dan ajaran Dap dilucutkan taraf kewarganegaraan.

Berikut ialah laporan media mengenai kebodohan Andy Yong


"Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut"

2 Sep 2014 Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.Menurut Andy, kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam Seksyen 3(1)(e) akta yang sama.
Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia"."Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.
Portal TheSunDaily  semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu. Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.
Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.