Sabtu, 4 Oktober 2014

Kenaikan harga minyak bahanapi dan perjalanan terakhir Anwar ke Sungai Buloh

Kenaikan bahan bakar RON 95 seperti biasa memberi sedikit kemeriahan politik tanah air. Rata-rata menghentam pentadbiran Najib dan penasihat beliau yang mengambil keputusan tidak popular dengan kenaikan 20 sen seliter.

Walaupun bunyi agak tinggi (20 sen) , tetapi rakyat sudah faham dan bersedia dengan kenaikan tersebut,malah ada yang menyuarakan rasa tidak senang kerana kerajaan masih menanggung subsidi, menurut mereka kerajaan wajib menarik balik subsidi dan biarkan harga minyak RON 95 diapongkan mengikut harga pasaran seperti negara jiran iaitu Indonesia, Thailand, Brunei, , Filipina dan lain-lain negara Asean.

Pun begitu kenaikan 20 sen telah memberikan tiket loteri kepada pihak pembangkang untuk menuduh kononnya Langkah Kenaikan RON 95 lebih bahaya daripada Langkah Kajang. Mereka juga kenaikan tersebut menunjukkan bahawa ekonomi negara berada di tahap yang lemah.  Malangnya tuduhan mereka disambut sepi oleh rakyat.

29 Oktober 2014, hanya beberapa hari sahaja lagi, Anwar dijangka akan menyalin pakaian dan menjadi penghuni penjara Sungai Buloh.  Ini sudah pasti akan berlaku setelah sekian lama kes liwat beliau tertangguh.

9 Januari 2012 di Mahkamah Jalan Duta,  Anwar berjaya mengumpul ribuan pengikutnya untuk mencetuskan huru hara sekiranya pada hari itu sekiranya beliau dijatuhkan hukuman dan bersalah.

Kini sekali lagi Anwar sedang giat berusaha untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada tarikh beliau akan menaiki Black Maria ke penjara. Beliau akan menggunakan Majlis Peguam, Akhbar Selangorku,  RBA, anak-anak muda yang masih menyokong Anwar, Ahli Parlimen Pembangkang dan Ambiga serta konco-konconya bagi mencetuskan satu bantahan ala-ala Reformasi 1999.

Jika Reformasi 99 mereka mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan, tetapi kali ini mereka mahu Najib meletakkan jawatan kerana gagal mentadbir negera. Gagal mengawal harga minyak dan sebagainya.

Apapun kita tunggu selepas Jumaat 24 Oktober. Apakah Anwar berjaya mencetuskan sekali lagi fenomena Reformasi selepas solat Jumaat? Apakah mereka akan menguasai Dataran Merdeka dan KLCC? Apakah mereka mampu bertahan sehingga hari Rabu 29 Oktober hari penamat buat Anwar?

10 Oktober 2014 iaitu Jumaat hadapan seluruh negara akan memberi tumpuan kepada pembentangan bajet 2015. Kakitangan kerajaan awal-awal lagi meletakkan syarat terhadap upah, elaun dan sebagainya dalam tuntutan mereka. Mereka mahu kenaikan elaun untuk menampung sara hidup yang tinggi .

Bajet 2015 : Masalah & Isu Kakitangan Awam di Malaysia?

  1. Kenaikan Gaji Kakitangan Naik
  2. Kerajaan malaysia perlu membina lebih banyak rumah mampu milik terutamanya melibatkan 630,000 kakitangan awam yang menikmati gaji di bawah RM3,000 sebulan termasuklah polis, askar, jururawat dan guru
  3. Cuepacs mahu kerajaan kaji semula tindakan kerajaan Malaysia potong 50% elaun kos sara hidup (Cola) & elaun perumahan penjawat awam yang memilih untuk tinggal di kuarters kerajaan. Apa beza dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM124 sebulan jikalau kerajaan memotong elaun tersebut?
  4. Cuepacs mahu kerajaan umumkan kenaikan elaun kos sara hidup (COLA) daripada di antara RM200 dan RM300 kepada angka yang lebih tinggi bersesuaian dengan sara hidu sekarang.
  5. Kenaikan Elaun perumahan kakitangan awam naik sepatutnya Mtidak lagi berlegar RM180 sebulan, sepatutnya lebih daripada nilai yang sudah lama tidak berganjak ini.
  6. Anda ada cadangan lain?


Jika diamat-amati sejak Pak Lah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau telah menambah baik kebajikan kaki tangan kerajaan, cuma mereka yang boros sahaja masih tidak mencukupi apa yang mereka dapat.

Pada Jumaat hadapan sewaktu pembentangan bajet, kemungkinan besar ahli parlimen pembangkang akan menaikkan kain rentang dan placard mengutuk Najib. Mereka akan buat kecoh dan akan mengganggu pembentangan bajet tersebut dan kemungkinan besar kesemua ahli parlimen pembangkang akan meningggalkan dewan.

Mereka juga akan meneruskan demo dan bantahan terhadap bajet 15 di luar dewan. Aljazeera, CNN, BBC, Tv Selangor akan siap sedia untuk membuat siaran lintas langsung petang tersebut.