Selasa, 1 Disember 2015

PAS Hanya Ibarat “Spare Tyre” Kepada PKR





Bersih 4.0 sebenarnya telah membenarkan apa yang menjadi buah mulut penggemar politik tanah air, bahawa PAS adalah parti yang mempunyai kekuatan ahli dan jentera berbanding rakan sekutunya di dalam Pakatan. Bukan itu sahaja, himpunan Fastaqim 60K membuktikan sekali lagi benar anggapan ramai terhadap PAS.

Setelah anggapan yang bertukar hakikat itu disedari oleh PAS, maka tidak hairanlah bagaimana PKR tidak mahu bertalak dengan PAS, sekalipun mengiktiraf serpihan PAS, iaitu PAN.

Strategi politik ini benar-benar bijak, apabila PKR secara tidak langsung masih mengekalkan kekuatannya yang selama ini bersandarkan PAS. Dengan PAS dan PAN, PKR secara bersahaja menikmati manisnya kuasa, persis seperti dulu kala.

Apa yang sedang hebat diperkatakan oleh kebanyakan akar umbi PAS ialah, di mana PKR sewaktu barisan kepimpinan PAS lunyai “dikerjakan” oleh sekutu mereka, iaitu DAP. Secara berterus terang, dan konsisten, DAP menyerang dan mengkritik PAS secara bertali-arus sekaligus mencipta gelora perpecahan sehingga dizahirkan dengan kelahiran PAN.

Di mana PKR sewaktu Hadi Awang teruk di belasah saban hari, sehingga kata-katanya tidak lagi diambil peduli sewaktu krisis MB Selangor yang akhirnya tetap menguntungkan PKR?

Kini, Azmin dengan bersahaja, mahu terus bekerjasama dengan PAS, sambil mengiktiraf PAN demi kelangsungan politik PKR di Selangor. Bukan itu sahaja, Azmin tetap mahu mengambil DAP sebagai sekutu rapatnya, persis hubungan Amerika – Israel.

Tatkala berduka nestapa, terkapai-kapai PAS sendirian menanggung aib dan dimalukan tanpa punya teman se-tahaluf se-siyasi di sisi. Tatkala ingin mengekalkan kerusi dan kemanisan kuasa, PAS diambil untuk berdiri di sisi, sama rendah sama tinggi, walau pun depan lain, belakang lain.

Sekali lagi, setelah berkali-kali, PAS digunakan oleh PKR sebagai penyedap, sementelahan PAN belum mampu untuk menggalas tugas dan kekuatan seperti yang dimiliki oleh PAS.

Percayalah, tiba dan saatnya, PAS sendiri akan ditolak ketepi, apabila PAN sudah bersedia menjadi pengganti. Sementara itu, pergunakanlah PAS sebaik mungkin, kerana tidak pernah sekali pun PAS sedar, bahawa mereka sekadar dipermain.

PKR menyambut kehadiran PAN dan menolak wakil-wakil PAS di Pulau Pinang. Namun, di Selangor lain pula ceritanya. Semuanya demi kelangsungan politik Azmin di Selangor.

Salam 30 Bilion!

Ameen Latif