Misi menunaikan ibadat haji menggunakan jalan darat yang disertai oleh 5 penunggang motosikal Malaysia kini berada di Pakistan untuk memasuki negara Iran.
Mat Titi atau Mat Nopiah dari Taiping Perak adalah penunggang motosikal yang kerap menjelajah ke seluruh pelupuk negara menggunakan motosikal KTM 990 Adventure, Aprillia Capornard dan Kawasaki Versys 650 kini menggunakan motosikal jenis kecil untuk ke Mekah.
Motosikal tajaan Modenas ini adalah jenis Gt128 edisi Harimau Malaysia. Turut sama dalam misi ini adalah Wazi juara lumba motosikal cub Prix yang terkenal dalam sukan lumba motor tanah air.
Pada 2010 Mat Titi pernah menyertai satu misi bermotosikal ke Mekah dan membuat umrah.
Pihak Arab Saudi menyokong misi ini dan memberikan 5 visa haji khusus untuk 5 penunggang ini.
Mat Titi adalah seorang kontraktor pembinaan jalan damai jambatan dan juga usahawan ikan dalam sangkar yang berasal dari Matang Taiping.
Selain berminat dalam expedisi bermotor beliau juga merupakan peminat 4x4 yang kerap menjelajah hutan belantara melalui aktiviti anjuran kelab-kelab 4x4.
Sama-sama lah kita mendoakan agar rombongan haji ini selamat sampai mengikut jadual iaitu sebelum wukuf di Arafah.