Rabu, 26 April 2017

Alhamdulillah, Raja Bomoh Datuk Ibrahim Mat Zin Bertaubat




Alhamdulillah, tahniah team Mufti Wilayah yang mengambil inisiatif, bukan sahja membenteras, malah mengembalikan dan menjernihkan keadaan.


Mufti Wilayah tidak berkokok di facebook dan tidak juga menghina agama lain. Patut dicontohi oleh mufti² lain terutamanya mufti dari hujung utara.

Tahniah juga kepada Datuk Ibrahim Mat Zin kerana berani mengaku kesilapan dan bertaubat walaupun saya rasa tiada keperluan untuk bertaubat di depan umum apatah lagi di depan orang yang tidak berkenaan.

Tindakan Datuk Ibrahim Mat Zin juga wajar dijadikan contoh oleh mufti² lain terutamanya mufti dari hujung utara. Beliau meminta maaf dengan ikhlas, tidak menyalahkan sesiapa walaupun beliau boleh sahaja menyebut nama individu yang bertanggungjawab mempergunakan beliau.

Beliau juga tidak meng-kambing-hitam-kan admin beliau ketika meminta maaf. Beliau meminta maaf kepada semua, bukan minta maaf kepada separuh orang India, tetapi tidak kepada orang India lain seperti yang dilakukan oleh mufti di hujung utara. Beliau meminta maaf kepada semua, bukan separuh-separuh. Tahniah Datuk Ibrahim Mat Zin. Barakallahufikum.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لاَ ذَنْبَ لَهُ.

"Orang yang bertaubat dari dosa seolah-olah dia tidak berdosa". [HR Ibnu Majah no. 4250, Lihat Sahih Jami'ush Shaghir no. 3008]

Malah disebutkan lagi di hadis lain bahawa orang yang bertaubat, kesalahan²nya atau dosa² akan digantikan dengan kebaikan iaitu pahala.

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لَيَتَمَنَّيَنَّ أَقْوَامٌ لَوْ أَكْثَرُوْا مِنَ السَّيْئَاتِ الَّذِيْنَ بَدَّلَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ.

"Sesungguhnya ada beberapa kaum bila mereka banyak berbuat kesalahan-kesalahan, mereka bercita-cita menjadi orang-orang yang Allah Azza wa Jalla mengganti kesalahan-kesalahan mereka dengan kebajikan". [HR Al Hakim IV/252, Hasan, Lihat Sahih Jami'ush Shaghir no. 5359]

Usah lagi dihina Datuk Ibrahim Mat Zin kerana orang yang bertaubat bersih dari dosa dan mungkin pahalanya kini lebih banyak dari kita semua.

Allah cinta kepada orang yang bertaubat. Jadi, jangan cari pasal dengan orang yang Allah cinta. Bahaya.

Allah ta'ala berfirman :

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri." [Surah al-Baqarah:222]

Beliau tidak lagi mahu menggunakan gelaran Raja Bomoh


Video: https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/videos/1960623350838119/