PPR LEMBAH SUBANG 1 JUGA USAHA KERAJAAN BARISAN NASIONAL |
Isu perumahan di Selangor sememangnya melucukan sejak negeri itu ditawan oleh pembangkang pada 2008.
Kerajaan pembangkang dalam manifesto 2008 ialah, jika mereka menang dalam PRU 11 mereka akan hapuskan dan mengurangkan cukai pintu perumahan dan premis perniagaan. Akan tetapi sebaik sahaja menang, bukan bertambah kurang tetapi dinaikkan dengan pelbagai alasan.
Jalan-jalan raya negeri semakin serabut, jalan rosak tidak diturap, rumput di bahu jalan tidak dipotong, sampah daripada perumahan, kilang dan perniagaan gagal diurus dengan baik.
Berbalik kepada masalah perumahan rakyat terutama rumah jenis pangsapuri, sebaik sahaja PKR menguasai kerajaan negeri mereka langsung tidak mengambil tahu tentang permasalahan penduduk. Rumah rosak tidak dipedulikan, lift rosak tidak dibaik pulih, sistem pembentungan bocor tidak dihiraukan. Seribu satu macam masalah perumahan rakyat tidak dipedulikan.
Apabila KPKT cuba masuk campur untuk membantu, pihak kerajaan negeri menghalang tetapi mereka tidak berbuat apa-apa.
Terkini apabila PPR Lembah Subang 1 menghadapi masalah pengurusan dan apabila KPKT ingin membantu penduduk, Menteri Besar Selangor minta RM 60 juta daripada kerajaan persekutuan. GILA KAH APA?
Mohamed Azmin berkata, jika kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk mengambil alih pengurusan PPR ini, pihaknya bersedia untuk duduk dan bincang dengan syarat kerajaan Persekutuan mesti membayar segala kos pengurusan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri melalui MBPJ sebanyak RM60.6 juta.
Inilah masalahnya apabila negeri ditadbir oleh seorang budak suruhan Timbalan Perdana Menteri era Tun Mahathir.
Menteri besar yang sombong dan bongkak yang sentiasa menyalahkan orang lain apabila berdepan masalah.
Padahal perumahan tersebut bukan ambil wang kerajaan negeri, satu sen pun Azmin tak keluar wang.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM23 juta bagi mengambil alih pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 daripada kerajaan negeri Selangor.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan itu bagi memberi pembelaan kepada hampir 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu yang hidup dalam keadaan daif dengan kemudahan lif dan penyelenggaraan tidak terurus serta alam sekitar tidak sejahtera.
“Tapi malangnya bila kita (kementerian) nak ambil alih pengurusan tersebut,
kerajaan negeri Selangor pula minta bayaran RM60 juta daripada kementerian.
“Bayaran tersebut termasuk RM30 juta iaitu bayaran sewa yang tidak dibayar
oleh penduduk PPR tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini,
hari ini.
Beliau berkata tuntutan tersebut dilihat sebagai tidak adil kerana KPKT yang membina perumahan tersebut sebelum menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan.
“Kita yang bina perumahan ini, bila siap, kita serah 100 peratus kepada pihak negeri untuk diuruskan. Kalau mereka kata tidak mampu nak urus seperti PPR Lembah Subang 1 ini, dengan keadaannya yang amat daif sekali, KPKT telah buat keputusan akan ambil alih pengurusannya.
“Saya dukacita sekali bila kerajaan negeri minta kita bayar RM60 juta untuk
ambil alih PPR ini,” katanya.
Apa yang diutamakan oleh Azmin ialah tunduk kepada pemaju-pemaju perumahan jenis mewah seperti yang terdapat di Puncak Alam. Apabila kerajaan negeri tidak pedulikan perumahan rakyat maka rakyat mula mencipta tage line RUMAH MAMPU TENGOK.
Kini usaha kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Mohd Najib Razak giat membangunkan perumahan rakyat di negeri Selangor. Pun begitu wakil rakyat PKR tetap menghasut dalam usaha menggagalkan projek kerajaan BN.
RESIDENSI KERINCHI AKHIRNYA SIAP JUGA WALAUPUN DISABOTAJ OLEH NURUL IZZAH |
Sebelum ini PM telah merasmikan Residensi Kerinchi dan terbaru di kawasan Pandan.
RESIDENSI PANDANMAS |
Inilah usaha kerajaan pimpinan Najib yang sangat mengkagumkan. Dalam tempoh 7 tahun menjadi PM sudah banyak pembangunan yang dibuat untuk faedah rakyat. Berbeza dengan era Mahathir yang langsung tidak ambil tahu masalah rakyat. Apa yang dibinanya ialah untuk menambah kekayaan kroninya sahaja.
APA YANG AZMIN BUAT DI SELANGOR?
Baru baru ini Azmin memperuntukan RM100 juta untuk membeli dan menyewa rumah-rumah terpakai atau lebih sedap rumah 2nd hand dan membaik pulih sebelum disewakan kepada pasangan yang baru berkahwin dengan sewaan RM 500 sebulan. Malangnya ialah hanya untuk 260 buah rumah sahaja. pemilik rumah menyewakan rumah kepada kerajaan negeri dan mendapat semula pulangan 30% hasil sewaan... INI NAMA CEREDIK BUAH........