Selasa, 18 April 2017

BN Bakal Menang, Pembangkang Bakal Berperang Besar



Laporan berita dalam portal 'mesra' pembangkang pada 17 April 2017 lalu jelas menunjukkan bahawa mereka terpaksa akui Barisan Nasional (BN) bakal mencapai kemenangan seterusnya dalam PRU14 akan datang.

Walaupun kewujudan parti politik pembangkang baharu sekarang ini tumbuh bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan', namun BN masih tetap menjadi pilihan utama rakyat.

Ini berlaku kerana prestasi BN itu sekarang sedang berada di landasan baik. Pemimpin dunia luar menghormati kerajaan BN. Arab Saudi, China, India, Jepun malah institusi penyelidikan luar negara iktiraf Malaysia kini.

Malaysia menjadi destinasi pertama pelaburan asing di dunia mengikut kajian University Of Pennsylvania.  Malah Putera Naruhito dari Jepun baru baru ini memuji Malaysia sebagai negara contoh untuk perpaduan di dunia.

BN pada setiap masa tidak pernah melupakan segala janji kepada rakyat dan sentiasa ikhlas bekerja untuk rakyat.

Berbeza dengan pembangkang yang jelas sekadar mahu bermain persepsi sehingga berperang sesama sendiri. Rakyat menjadi saksi bagaimana PAS mengutuk DAP, PAN pula dan bertelagah dengan PAS.

PAS kata DAP kena denggi berdarah. PAN pula ungkit semua dosa dosa PAS dan mengunakan itu untuk serang PAS balik.

Sesama komponen Pakatan Harapan juga saling 'tikam belakang' antara satu sama lain.

Lebih parah lagi apabila Pengerusi PPBM, Mahathir tampil mengutuk PAS secara terbuka. Ungkit balik isu kafir mengkafir.

Mahathir menyerang PAS sehingga membuatkan parti itu semakin menjauh hati dengan Pakatan Harapan.

Anwar pula dipersalah dan dikutuk dalam siri dialog tertutup oleh Guan Eng. Konflik rebut kuasa dalam PH sekarang berada dalam situasi kronik kini, bisingnya pergaduhan di dapur itu boleh didengari satu kampung.

Semuanya makin menjadi parah dalam pembangkang. Sehinggakan mereka terpaksa menimbulkan isu lain untuk menggaburi mata rakyat dengan memburukkan BN dan Perdana Menteri.

Apapun PRU14 kali ini rakyat Malaysia sekali lagi akan memilih BN bukan kerana 'dedak', tetapi kerana khidmat yang cemerlang dengan janji yang sentiasa ditepati.

Sekali lagi pembangkang akan merasa detik-detik kehancuran dan kekalahan yang pahit pada PRU14 nanti.

BN akan kekal stabil dan perlu dipilih untuk kemakmuran ekonomi negara. Pemimpin BN kini bersungguh sungguh kerja untuk bangunkan ekonomi rakyat. Pemimpin pembangkang pula bersungguh sungguh kerja mahu jahanamkan ekonomi negara.

Ini hujah terbaik mengapa pembangkang patut ditolak. Pembangkang sedang berperang untuk berebut kuasa dan harta. BN kekal fokus untuk buat kerja untuk rakyat. Sebab itulah BN diramal banyak pihak akan menang pada PRU14 nanti.



Sent from Samsung tablet.