Khamis, 13 April 2017

Litar F1 adalah satu kesilapan besar Tun Mahathir

Terkini Tun Dr Mahathir telah membuat kenyataan bahawa cara untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam adalah melalui sistem penswastaan.

Ia adalah satu kenyataan politik yang bertujuan untuk menyatakan usahanya masa lalu mempunyai justifikasi dan dia mempunyai masih berkeupayaam dalam penyelesaian untuk setiap masalah.

Khabar angin awal mendakwa Mahathir akan meninggalkan PPBM untuk mengetuai Pakatan Harapan. Beliau akan mengisi jawatan Ketua Umum sebagai usaha untuk menjadi Perdana Menteri kali kedua. Jika berjaya, dia akan memujuk Agong untuk pengampunan Anwar dan usahanya untuk menjadi perdana menteri dipersetujuai oleh PH

Mahathir akan keluar PPBM adalah untuk menyelamatkan PPBM yang kini seperti telur di hujung tanduk. Gara-gara berpecahan dalam yang sedang berlaku seluruh negara. Di Perak juga berlaku perang besar antara Dato Hamidah dengan pihak tertinggi kerana memilih orang lain menjadi pengerusi negeri.

Lucu bukan? tetapi itulah sesuatu yang tidak logik apa yang didengar.

Walau bagaimanapun, Presiden CUEPAC  tidak akan berpuas hati dengan komen Mahathir. Menolak penjawat awam kepada sektor swasta bermakna kehilangan jaminan pekerjaan.

Itulah masalah yang ditinggalkan kepada kita hasil 22 tahun menjadi perdana menteri dan di bawah beliau pentadbiran negara dicemari dengan kronisme, salah guna kuasa dan rasuah, kecekapan palsu, kenaikan kos sara hidup, dan wang mudah dari bermain pasaran saham.

Ia adalah warisan sejarah Mahathir, kecuali tugu tugu piramid yang dibinanya seperti KLCC, Litar F1 Sepang  dan lain lain yang tidak memberi impak besar kepada rakyat bawahan, berbeza dengan inisiatif dasar ayahanda kepapa Dato Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dimanfaatkan sehingga hari ini. Hanya beberapa sahaja yang gagal tetapi ia adalah punca daripada kejatuhan Mahathir.

Litar F1 Sepang, Perusahan kereta Proton dan sistem pengangkutan awam adalah satu contoh yang terang-terang memaparkan kegagalan Mahathir yang sesat dalam mencari kepentingan politik untuk ditonjolkan sebagai ikon negara membangun.

Pada masa ini, pentaksub atau protoon yang bersungguh-sungguh mempertahankan Litar F1 Sepang hasil usaha Mahathir dengan hujah-hujah kitar semula dan mendakwa pembatalan penganjuran F1 tahun 2018 adalah satu lagi langkah bermotifkan politik untuk memusnahkan satu lagi legasi beliau.

Seperti dalam kebanyakan hujah Tun dan pentaksub, ialah dengan memusing fakta-fakta dongeng supaya orang kampung mudah percaya. yakin dan menyanjungi usaha beliau selama ini. Inilah yang dikatanya saudagar penjual mimpi. Akhirnya menjadi perniagaan buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap.

sebelum tutup cerita ini mengenai motosikal petronas yang diilhamkan oleh Mahathir. Untuk menyertai perlumbaan Petronas dimestikan membuat 150 buah motosikal untuk membolehkan motosikal jenama Petronas menyertai perlumbaan dunia tetapi ianya gagal kerana hanya 100 buah saja motosikal terjual, sedangkan pelaburan R&D untuk nya menelan belanja yang amat besar

https://en.wikipedia.org/wiki/Petronas_FP1

http://www.motorcyclenews.com/news/2016/july/whatever-happened-to-the-foggy-petronas-fp1/



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jom kita baca anasila berikut mengenai F1

http://mole.my/was-the-long-term-benefit-to-host-f1-realised/