Sabtu, 8 April 2017

Mencabik Mudah, Menjahit Susah




Makhluk ini buat hal lagi...mengusut itu mudah, melerai yang payah...dia datang lagi dengan *gurau* fitnah tidak pernah sudahnya. Strategi makan kawan, mencalit arang kpd muka orang adalah trade mark sang onar ini...

Mahu apakah kamu Rafizi, apakah meragam sebelum di rehatkan di jeriji besi penjara? Sudah byk olah yg kamu timbulkan sebelum ini.

Kamu beruntung gurauan cincin Rosmah $24juta melonjak namanya di persada dunia, maka di maafkan.

Lenggang lenggok bagai cupak hanyut mamat ini berstrategi, fitnah TSKI di jadikan bahan bicara dan Kajang Move...yg mengakhirkan PR jadi kejang. Fitnah kerajaan Kelantan dgn balak tidak di buktikan, skandal rasuah perempuan kerajaan Selangor masih terngiang-ngiang - anda tewas bagai lalat laparkan tahi.

Kini, kamu datang lagi dgn fitnah persepsi, tanpa secarik kertas bukti, menuduh PAS terpalit dgn 1mdb...rabak bibir kamu nanti ya, dek lepas mulut lidah berbelit. Jika sotong terbelit dek lidah panjangnya, apalah kamu terbelit fitnah kelaknya. (Kenapa analogi sotong🤔)

Rabik itu mudah, jahit itu payah. Dulunya di pandang mulia, kininya bagai labu di tebuk tikus. Anjing buruk kepala sekadar penjaga di luar pagar, jangan di halaman meloyakan, sisa makan di lemparkan. Itulah harga diri kamu dlm PH.

Setiap tuduhan, bawalah bukti ke badan berautoriti, iringkan saksi selori, bersumpahlah kamu para sesumpah, hidup di dunia sudahlah hina, mati kamu entah bagaimana. Cakap orang bagaimana hidup bertindak, begitulah matinya kelak.

Sekadar soalan, tok wali manusia pilihan, Nuar Brahim menarik balik saman $100juta kpd Nallakaruppan atas tuduhan fitnah BISEKSUAL. Bacaan cara PH, gagal saman maka benarlah dakwaan! Benarkah🤔

Kelkatu hendak terbang ke langit, kepak rapuh menongkah angin. Di udara habuan pipit, jatuh ke tanah habuan semut....itulah kamu

Jangan gagal bermuhasabah.

Hassan b. Tsabitt II
Dataran Ilmu TTDI, KL
Jumaat 07/04/17


Sent from Samsung tablet.