Ahad, 14 Mei 2017

7 Fakta Bukti Malaysia Negara Yang Berjaya Bukan Gagal Seperti Tuduhan Kit Siang



1. Malaysia berada pada kedudukan PERTAMA sebagai Negara Terbaik Untuk Pelaburan 2017. Kajian ini dibuat oleh BAV Consulting, Y & R Young & Rubican.

2. Malaysia berada pada kedudukan KE-3 dari 80 negara terbaik untuk memulakan perniagaan 2017. Kajian ini dibuat oleh BAV Consulting, Y & R Young & Rubican.

3. Malaysia berada pada kedudukan ke-8 dari 136 negara dengan perbelanjaan kerajaan yang paling cekap 2017. Kajian ini dibuat oleh World Economic Forum.

4. Malaysia berada pada kedudukan KE-23 dalam senarai negara yang mempunyai idea inivatif dalam ekonomi berdasarkan Bloomberg Innovation Index 2017.

5. Laporan World Bank pada Disember 2016 meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 4.3% pada 2017.

6. Lim Kit Siang pernah menyebut Malaysia sebagai 'Failed State' dalam kenyataannya pada Malaysiakini pada 5 Februari 2017. Tun Dr. Mahathir Mohammad juga pernah meramalkan Malaysia akan muflis seperti Argentina pada 11 September 2014. Kemudian meramalkan lagi Malaysia akan bankrap pada 31 Disember 2015. Semua tuduhan dan ramalan ini TIDAK BENAR belaka.

7. Jumlah eksport Malaysia pada suku tahun 2017 terus meningkat menurut data dari MITI. Eksport Malaysia ke negara Asean meningkat 23.9% dengan nilai RM66.4 billion. Eskport Malaysia ke negara China meningkat 39.9% dengan nilai RM29.1 billion. Eskport Malaysia ke negara Kesatuan Eropah juga meningkat 22.2% dengan nilai RM23.62 billion. Jumlah keseluruhan nilai eksport adalah RM119.2 bilion. Jumlah ini untuk suku pertama tahun 2017. Tidak mustahil nilainya meningkat kepada RM500 bilion hingga akhir tahun ini.

Berdasarkan kepada fakta ini, negara luar masih percaya untuk berdagang dengan Malaysia dan tidak mempercayai tuduhan yang dibuat Kit Siang dan Mahathir.